Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.
Kehangatan PRU 13 amat terasa. Demam mengundi telah bermula. Pada 5 Mei 2013, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk menentukan siapakah yang akan mentadbir Malaysia selama tempoh lima tahun lagi. Saya berharap anda bijak memilih. Pilihlah dan pangkahlah Barisan Nasional yang memperjuangkan hak rakyat, kedudukan Islam, Melayu dan perpaduan bangsa di Malaysia. Janganlah kita menjadi Melayu Yang Mudah Lupa. Perjuangkanlah Islam dan masa depan anak cucu kita, agar mereka tidak menjadi mangsa sepertimana kedudukan Melayu di Singapura, yang dianaktirikan oleh pemerintah yang terdiri daripada kaum bukan Islam.
Pilihlah Barisan Nasional yang telah banyak memperjuangkan nasib Islam, bangsa, dan negara. Jadilah rakyat yang berterima kasih diatas perjuangan yang dilakukan oleh pemerintah yang terdahulu, yang terdiri daripada 3 gabungan suara iaitu UMNO sebagai wakil suara kaum Melayu, MCA sebagai wakil suara kaum Cina dan MIC, wakil suara bagi kaum India.
Dibawah ini terdapat video rakaman suara seorang daripada mantan ahli DAP (Pakatan Rakyat), anak emas Lim Guan Eng yang telah membuat pengakuan mengenai agenda dan strategi DAP untuk menghapuskan Islam dan Melayu di Malaysia. Anda terutamanya para guru harus mendengar dan melihat video ini, agar ia dapat disampaikan ke pengetahuan pelajar Islam, supaya terpelihara iman mereka, menyayangi Islam, bangsa dan negara. Fikir-fikirkanlah nasib anak cucu kita dan kedudukan Islam Malaysia di masa depan. Luangkanlah masa anda untuk menghayati pengakuan ini.
Ingatlah !!!., DAP adalah kumpulan yang berdendam, berjiwa komunis. Siapakah Chin Peng? Apa kaitan Chin Peng dengan DAP? Dengarkanlah petikan rakaman video ini sebaik-baiknya. Komunis, kumpulan yang memberontak dan menidakkan hak Melayu, yang menimbulkan kekecohan pada 13 Mei 1969. Anak-anak Melayu harus sedar. Melayu harus bersatu demi masa depan anak cucu, Islam, bangsa dan negara. Janganlah sampai keturunan kita (Islam) menjadi murtad, tanah kita tergadai, dan akhirnya kita menumpang di tanah sendiri, sepertimana kedudukan Melayu di Singapura. Jangan ulangi sebuah trajedi. Kita semua mesti memainkan peranan utama, mempertahankan hak Islam, Melayu dan perkukuhkan perpaduan bangsa rakyat Malaysia. MARILAH KITA BERSATU DEMI ISLAM, BANGSA DAN NEGARA.
Hayatilah lirik lagu ini. Jika anda seorang patriotik yang sayangkan ugama Islam, bangsa dan negara, maka buatlah pilihan yang tepat, UNDILAH BARISAN NASIONAL demi menjamin kedudukan ummat Islam.
Warisan Anak Kecil
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa diantara kita
Kita lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Akhir kata, anda adalah penentu kemakmuran dan kestabilan Malaysia serta kehidupan anak cucu di masa hadapan. Pilihlah parti dan pemimpin dengan tepat yang layak dan mampu mentadbir Malaysia demi Islam, bangsa dan negara. Selamat Mengundi pada 5.5.2013. UNDILAH BARISAN NASIONAL.