Hari ini saya hendak menulis mengenai "Kulit Muka Buku ataupun Facebook /FB" dan Media Elektronik yang dibincangkan di dalam program "Bersembang dengan Cikgu Sidek" di TV Al-Hijrah.
Kulit Muka Buku ataupun Facebook /FB adalah salah satu saluran media elektronik yang sangat popular pada masa kini. Ia boleh dimiliki oleh individu yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur terutamanya remaja. Walaupun akaun Facebook telah mensyaratkan bahawa hanya individu berumur 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk membuka akaun Facebook, namun pada zaman ini sudah ramai baby yang bijak yang sudah memiliki akaun Facebook sebaik sahaja mereka dilahirkan dan dinamakan.
Melalui Kulit Muka Buku ataupun Facebook /FB kita dapat melihat pelbagai kerenah manusia terutamanya ragam budak remaja. Ramai remaja dengan tanpa rasa segan silu telah menggunakan bahasa yang kurang manis didengar dan tidak beradab ketika "updates status" di Facebook mereka. Mereka menulis menurut kata hati mereka. Di ruangan Facebook itu mereka meluahkan segala perasaan. Perasaan gembira, kecewa, mereka memuji dan mencaci, mengeluh dan sebagainya, dan yang paling membimbangkan adalah mereka "updates status" dengan memaklumkan kedudukan di mana mereka sedang berada, yang secara tidak langsung telah memberi laluan dan peluang kepada penjenayah / perompak untuk merompak di rumah kita.
Juga perkara yang dibimbangkan adalah terhadap mereka yang memaparkan rasa "kesunyian" mereka di laman ini, yang tanpa sedar telah mengundang kehadiran "penjenayah siber" tanpa izin sepertimana yang berlaku terhadap seorang wanita yang telah tertipu sehingga sanggup menyerahkan wang jumlah ratusan ribu kepada "si penghibur Facebook" tersebut.
Melalui Kulit Muka Buku ataupun Facebook /FB juga, perceraian berlaku hampir setiap 15 minit menurut rekod yang disimpan oleh Majlis Agama Islam Malaysia. Memang tidak dinafikan, ada si suami ataupun si isteri yang mempunyai ramai "friend" di Facebooknya, tetapi tidak mahu "friend" dengan pasangan masing-masing. Amat terserlahlah KETIDAKJUJURAN diantara pasangan tersebut. Ada yang pandai menjaga Wall Facebooknya dengan baik, tetapi adakah kita tahu apa yang ada dalam kotak mesej Facebooknya..? Kadang-kadang berlaku kelalaian yang mana mungkin terlupa untuk Log Out FB, maka apabila si suami ataupun si isteri "terbuka" Facebook tersebut, terbongkarlah banyak rahsia, barulah terjumpa ayat-ayat manis, yang menggoda ditujukan kepada "Friend" Facebook dan bukan pasangannya, perkataan manja dan menggoda itu seperti perkataan, "rindu kamu", "mana menghilang..", "adik...adik di mana", "abang", "saya nak belajar buat pantun", "sejuk...gigil.." dan sebagainya. Maka, berhati-hatilah ketika berFacebook, kerana menyampaikan ayat-ayat manis / menggoda kepada yang BUKAN HAK juga boleh menyebabkan dosa.

Oleh itu, program "Bersembang Dengan Cikgu Sidek" telah menyarankan supaya setiap ibu bapa wajar turut serta menjadi "friend" didalam Facebook anak-anak mereka dengan tujuan agar kita dapat memantau setiap perkataan yang dilontarkan oleh anak-anak didalam Facebook tersebut. Bukan sahaja anak-anak tetapi jika dapat memantau suami atau isteri pun bagus juga. Sekurang-kurangnya dapat memantau pasangan masing-masing yang mungkin menggunakan ayat yang ada unsur "memberi ruang" atau "memuji-muji orang lain" yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kita.
Pemilik Facebook / Twitter / Blog dan ruangan bacaan media elektronik lain yang seumpama dengannya juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai golongan yang mempunyai pelbagai jenis ragam. Di dalam Facebook / Twitter kita boleh mendapat ramai kawan dan di Facebook / Twitter juga kita boleh mendapat ramai musuh. Di Facebook / Twitter ada yang jujur, tidak kurang juga yang hipokrit dan ada pula yang suka menyamar. Di Facebook / Twitter, dia mungkin friend kita, dan pada masa yang sama juga dia mungkin seorang penyamar yang cuba menyakitkan hati kita. Melalui Facebook / Twitter boleh membuat kita jatuh cinta dengan seseorang, tidak kurang juga boleh menimbulkan prasangka buruk terhadap seseorang yang lain, dan juga boleh menimbulkan fitnah. Di Facebook / Twitter / Blog dan ruangan bacaan media elektronik lain yang seumpama dengannya boleh menambahkan ilmu dan tidak kurang juga sebagai tempat menambahkan dosa.
Keperluan media elektronik pada zaman ini tidak boleh dinafikan. Kecanggihannya memudahkan segala urusan. "Bersembang Dengan Cikgu Sidek telah menasihatkan kita supaya menggunakan media elektronik itu secara berhemah dengan sebaik mungkin. Jadikanlah media elektronik ini satu cara untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan sebagai alat untuk menasihati dan memberi peringatan kepada sesama kita didalam menuju ke arah kabaikan.
Muga kita mendapat hidayah dalam mengelolakan Facebook kita dan tidak menggunakannya sebagai saluran untuk menutur ayat ayat mengoda yang menjatuhkan maruah kita sendiri. Sekian.