Awal pagi Ahad (1/05/2022), anak bongsu aku yang memandu kereta dari Kajang baru sampai di rumah aku. Aku pulak rasa malas nak ke pasar. Namun, oleh kerana bimbang jikalau hari raya jatuh pada hari esok, maka aku pergi ke kedai membeli daging, tulang dan ayam. Bagaimanapun, aku tidak terus memasak ayam dan daging tersebut kerana aku fikir Hari Raya Aidilfitri hanya berlaku pada hari Selasa (03/05/2022) sahaja.
Pada tahun (2022) ini, kerajaan Malaysia telah mengistiharkan bahawa kami berada di fasa Endemik, yang menyebabkan keseluruhan warga Malaysia telah diberikan kelonggaran dalam bersosial, dan boleh menyambut hari raya seperti sediakala. Maka, keluarga anak sulong aku telah menyambut hari raya di Muar, Johor. Manakala, keluarga anak kedua aku berhari raya di Gerik, Perak. Tahun ini, hanya aku dan anak bongsu sahaja menyambut hari raya di Taman UK Raya.
Al kisahnya, TIBA TIBA RAYA / Prank Raya berlaku tatkala aku sedang melipat pakaian dan mengemas rumah, sambil menonton tv, perutusan DiRaja telah mengishtiharkan bahawa anak bulan telah kelihatan dan dengan ini mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri telah ditetapkan pada hari Isnin bersamaan 2hb Mei, 2022. Alamakkkk...!!! Aku tak masak lagiii...!!! Aku segera menalipon anak sulong aku dan memberitahu bahawa "esok raya." Adoihai, disebabkan keluarga di Muar juga tidak sempat berbelanja barang dapur, dia mengatakan bahawa aku tipu..😂😂😂 Kemudian, aku talipon anak kedua dan anak bongsu untuk memaklumkan kepada mereka bahawa "esok raya."😊
Setelah pengumuman disiarkan didalam tv berulang kali, aku mendapati, bukanlah aku seorang sahaja yang tidak bersedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ni. Malahan, aku rasa hampir 90 peratus rakyat Malaysia yang mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri belum bersedia, sebab aku tengok status di fb, ramai yang tulis, "belum bayar zakat, belum beli baju raya, belum masak, baru nak merendang, bla bla bla..."😂😂😂
Aku tinggalkan pakaian yang mahu dilipat itu dan terus pergi ke dapur memulakan masak rendang ayam dan masak rendang hitam daging. Kedua-dua jenis masakan itu telah selesai disiapkan lebihkurang pada jam 11:30 malam. Anak bongsu aku bizi mengemas rumah aku. Haa...Jangan tak tahu, anak bongsu aku ni pembersih dan pengemas orangnya. Kiranya, aku ni senang banyak beranakkan deme ni. Aku tak perlu bersusah payah dalam bab mengemas dan mencuci rumah. Tidaklah sepertimana yang dilalui oleh bekas suami aku tu, dibuli oleh isteri dan anak anaknya supaya mencuci dan mengemas rumah, memasak dan menjaga cucu. Sedihhh..
Kami beraya berdua jer tahun nii...
Pada hari Isnin, pukul 11:30, (Hari Raya Pertama), kami baru sampai di rumah emak aku. Ramai saudara mara yang sudah sampai awal di rumah ini. Kak ipar sulong aku, dan kesemua anak, menantu dan cucunya ada turut serta. Begitu juga, adik perempuan aku yang tinggal di Sungai Petani bersama keluarganya, anak menantu dan cucunya. Namun, sewaktu aku sampai, dia mahu pulang segera untuk berehat kerana dia mengalami sakit tulang belakang. Dia tidak mampu untuk duduk lama lama, dan dia perlu berehat (berbaring). Tidak lama kemudian, adik ipar aku (Ila iaitu balu kepada adik bongsu aku) dan anak anaknya sampai pula. Kami semua membawa bekal (portluck) masing masing dan berkongsi menjamu selera. Berkumpul, sembang sembang hingga terlupa nak ambil gambar sewaktu beramai melainkan beberapa keping sahaja.
Pohon kemaafan daipada Cinta Hati.💓
Emak sudah tidak berapa ingat lagi, sudah banyak mendiamkan diri dan menjadi pemerhati jer.. Begitulah keadaannya diusia sebegini (77 tahun). Namun, apabila aku sampaikan kiriman salam daripada bekas suami aku, "emak, Hasanal kirim salam". Emak menjawab, "haa.. oo., waalaikumsalam". Aku tanya, emak tahu ke siapa Hasanal tu..? Emak tengok muka aku. Lalu dia menjawab "laki kamu le...".😄 Hee...emak ni kekadang ingat, kekadang lupa.😄
Di hari ini, hati berbunga bunga sebab anak saudara yang sangat aku sayang dan aku rindui ada bersama di Hari Raya ini. Sayang kepadanya bagaikan anak sendiri. Rindu sebab lama sangat tidak bertemu dengannya.
Dipandangan mata ni, terbayang bayang sewaktu dia masih baby dan kanak kanak dulu
Dua orang anak bongsu aku..😊 Ada lagi sorang. Itu pun anak bongsu yang aku sayang juga, Muhammad Zulkelnain.
anak anak bongsu dengan anak sulong kepada arwah adik bongsu aku, Muhammad Farhad.
Lewat petang kesemua saudara mara telah pulang ke rumah masing masing. Lebih kurang jam 4:30, anak bongsu aku balik ke Kampung Serkai Jadi, Tronoh dan berhariraya dengan ayah kandung serta ahli keluarga di sana. Aku tinggal di rumah emak aku dan menunggu Iskandar menjemput aku pada jam 11:00 malam. Selesai sudah cerita hari Raya Aidilfitri Hari Pertama (Terkejut raya/Tiba tiba raya)😂😂😂