Ahad, 29 Mei 2022

Iftar 2022

Tetiba 6/4/2022, adik aku yang tinggal di Kuantan menghantar wasap ke dalam grup.. "minggu ni cik nani balik ke Perak, kita semua balik dan berkumpul,  iftar di rumah mak, port luck jer.. kak nani tak masak sebab nak jaga mak"  Jadi, kami  semua cuba meluangkan masa untuk iftar di rumah emak pada 9/04/2022.

Kesemua adik beradik aku balik ke rumah emak.  Namun, tetiba aku rasa hiba dan air mata mengalir dihujung mata ku kerana terkenangkan adik bongsu aku.  Sesungguhnya, aku sedang merinduinya. Tak sangka pulak, anak sulong aku sedar akan gerak laku aku yang sedang mengelap air mata aku ni...

Pengalaman orang telah memberikan pengajaran kepada aku.  Kini, aku lebih suka nak simpan gambar gambar orang yang aku sayang, sebab aku tak mungkin boleh tahu, adakah moment itu moment terakhir diantara kami. 

Aku, adik Nani, Iman Qaisara dan Muhammad Mikael

Emak, adik Am, Ila (adik ipar) dan anak anak saudara 

Ila (adik ipar), Muhamaad Farhad, Wani 

Adik am dan Pija

Selepas makan berbuka puasa, kami pun berkumpul di ruang tamu sambil sembang, menanya khabar dan gurau senda.  Cucu pakat keluar bersama parents mereka main bunga api.

Amir dan Hakim (duduk diatas tangga), Hayfa (berdiri ditangga) dll

Farhad, Hakim dan Abdul Rahman jadi pemerhati anak sedara mereka (cucu cucu kami) sedang main bunga api





Gelagat mereka sangat menggembirakan.  Pelbagai macam perangai ada..

Kita simpan gambar gambar inisebagai kenangan beriftar untuk tahun 2022. Bukan semua joint ni.. ramai anak, anak sedara, menantu yang tak balik untuk joint iftar ni..