Isnin, 11 April 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 3)

Setelah kami menyelesaikan solat kasar jamak takhir di Mesjid Jamek Kundasang, kami dibawa pula ke destinasi ke empat iaitu  KUNDASANG WAR MEMORIAL.  Tempat ini berbukit dan kami perlu naik tangga kerana tempat ini bertingkat tingkat. Di setiap tingkat tu ada ditanamkan dengan pelbagai jenis bunga, tapi aku tak berminat nak ambil gambar bunga bunga tu.






Sebenarnya tempat ni tinggi.  Pemandangan yang curam tu memang mengerikan. Kawan kawan aku pun ada rasa bimbang ketika aku memanjat dan berdiri di tempat ni... Alhamdulillah, aku selamat jer..

Disetiap tempat yang kami lawati, semuanya makan masa hanya setengah jam. Kami akan menalipon AJ selepas habis bergambar di satu satu tempat tuu.. AJ mahu beli bekalan makan malam untuk kami dari sebuah restoran. Sementara menunggu bekalan itu siap, AJ telah menurunkan kami di Pasar Malam Kundasang, dan menyuruh kami berjalan-jalan di situ.

Kemudian, kami telah dibawa bermalam di JABEZ KINABALU INN.  Disini, tak ramai penghuninya. Tempatnya tinggi dan jauh dari pekan Kundasang.





Ini malam pertama tidur di Sabah iaitu di JABEZ KINABALU INN.  Hari ini, kami sudah berjalan satu hari suntuk dan singgah di banyak tempat lawatan tanpa mandi. Baju yang kami pakai pun agak tebal.  Kini, badan dah mulai letih, dan kepala pun sakit sebab kami kurang minum air mineral. Jadi kami perlu tidur awal, sebab esok ada aktiviti memanjat bukit pulak. Disini jam 9:30 malam dah macam pukul 11:00 malam. Dah sunyi.  ZZZzzzzz.... 

Tetiba fon aku berbunyi.. Aku lihat jam lebih kurang pukul 9:30 malam atau hampir 10:00 malam.  Terperanjat aku... Maklumlah.. Sudah hampir 2 bulan ke 3 bulan aku tidak terima panggilan talipon disebelah malam daripada lelaki ini, tup..tup... malam ini..๐Ÿ’ž  Well said.. Cinta mekar tidak semestinya tinggal sebumbung. Cinta sampai ke mati. Opkos la..mata aku jadi camni..๐Ÿ˜๐Ÿ˜„