Tempat utama yang menjadi perhatian di Sabah adalah melihat Gunung Kinabalu. Begitu juga kami yang teruja nak melihat Gunung Kinabalu secara dekat dan jelas. Pemandangan Gunung Kinabalu dari Jabez Kinabalu Inn sangat jelas di sebelah pagi.
Pemandangan Gunung Kinabalu diwaktu pagi yang diambil dari Jabez Kinabalu Inn.
Pemandangan dari Jabez Kinabalu Inn
Selepas kami selesai bersarapan di Jabez Kinabalu Inn, AJ datang menjemput kami dan kami akan dibawa melawat ke beberapa tempat lagi. Destinasi yang berikut adalah destinasi yang ke lima iaiatu mendaki bukit SOSODIKON HILL. Jarak antara satu destinasi ke satu destinasi yang lain, ambil masa 20 minit ke 30 minit juga. Jarak mendaki untuk sampai ke plantar Sosodikon Hill mengambil masa lebihkurang 10 minit (jika jalan laju) atau 20 minit secara standardnya.
Kaki bukit pintu gerbang ke plantar Sosodikon Hill.
Jalan yang didaki untuk ke plantar Sosodikon Hill.
Berehat sebentar untuk bergambar
Sampai sudahh, bahh...
Pemandangan yang sangat cantik disebelah pagi. Semasa ni baru pukul 8 lebih jer tapi panasnya macam dah tengahari. Maklumlah... cahaya matahari di Sabah ni cepat munculnya😄