Sabtu, 4 Disember 2021
kawin..kawin..kawin lagi..
Sabtu, 6 November 2021
kerana emak, aku sampai di sini
Jumaat, 28 Mei 2021
Di Harijadi Ku - 56 tahun
Pada tahun ini, mereka semua memberikan ucapan harijadi kepada aku sepertimana biasa didalam grup wasap famili kecuali suami aku sebab suamiku memang dah lama keluar dari grup famili tersebut disebabkan takut akan isteri tuanya itu.
Pada tahun ini juga, suami aku tidak tulis text uncapan birthday di wasap kepada aku sebab dia takut aku pamirkan ucapannya itu didalam blog ni, dan takut nanti apabila ditengok oleh isteri tua, si isteri tua tu akan berleter kepada suami aku. Bagaimanapun, suami aku telah mengucapkan "Selamat Hari Jadi Yang" sebelum tiba jam 00:01 am 28/05/2021. π
Sedang aku buat kerja di pejabat, aku menerima panggilan talipon daripada seseorang yang mengatakan bahawa dia mahu menyerahkan barang kepada aku. Aku berasa hairan juga sebab aku tidak membeli apa-apa barang daripada Shoppee punnn....
Apabila tiba jam 1 tengahari, tiba-tiba datang lah seorang perempuan menghantar barang dibawah ni.
Ahad, 4 April 2021
Kawan kita
Orang sebok nak berjalan dan bercuti dengan suami tapi aku... sebok berjalan dengan kawan kawan. Kome tau kenapa...??? Sebab suami aku sebok menjaga isteri tuanya, menjaga anak menantunya dan cucunya.. Jadi, suami aku memang tak ada masa untuk aku. Aku tak mahu memberatkan fikiran aku, jadi aku pilih untuk hidup hepi hepi jer...
Aku beritahu kepada suamiku, "abang, abang tak ada masa untuk Yang, jadi Yang minta izin untuk keluar bersama kawan kawan Yang, Yang minta izin sekali ni je, tau... selepas ini, Yang keluar Yang tak perlu minta izin lagi, ye..." Pastu aku sambung lagi, "abang izinkan, kan... asalkan Yang tak buat hal dengan jantan lain jer, kan..." Suamiku tengok muka aku lelama kemudian dia senyum dan angguk jer...
Selain aku menghabiskan masa dengan karier baru aku iaitu Juruterapi, aku akan luangkan masa berjalan jalan dengan kawan kawan aku lah...
Hari ni, kawan kami yang tinggal di Puncak Alam Shah Alam tu balik ke Ipoh. Aku pulak tak ambil apa apa booking customer untuk urut. Senang citenya, aku cuti kerja laa.. Kawan aku ni memang rajin menjemput kami menaiki keretanya untuk bersiar siar..
Pagi ni (03/04/2021), kami bersarapan di Kedai Kakyang di tepian lombong Silibin. Selepas sarapan, kami pergi ke Gunung Lang.