Assalamualaikum. Rasanya tidak terlalu lewat untuk aku mencoretkan kenangan keluarga di sini. Pada bulan April, terdapat dua hari sejarah didalam keluarga iaitu Ulangtahun Hari Kelahiran cucuku bernama Nur Iman Qaisara (06/04/2018) dan anak keduaku, Nur Fitriah (28/04/2018).
Sepertimana bulan yang lepas, pada kali ini, kami telah meraikan Sambutan Ulangtahun Harilahir Nur Iman Qaisara dan Nur Fitriah secara kolektif pada 23/04/2018. Aku amat berharap agar kesemua ahli keluargaku dapat pulang berkumpul di rumah ku, namun, apakan daya suamiku dan menantu sulongku sebok dengan urusan mereka masing-masing. Mereka tidak dapat pulang ke rumahku pada hari tersebut.
Maka, kami masak yang ringkas-ringkas aje. Anak sulong ku telah memasak Nasi Ayam kegemaran anak-anaknya itu. Nyum nyum...nasi ayam dan sambalnya sangat sedap.
Memandangkan korum untuk meraikannya tidak ramai, maka kami telah menjemput jiran yang tinggal bersebelahan rumahku iaitu Ejad dan isterinya turut bersama-sama meraikan makan malam pada malam ini.
Sebaik kami selesai makan malam@nasi ayam sepertimana hidangan yang diatas itu, kami pun berkumpul di satu sudut yang mana anakku, Nur Fitriah dan cucuku, Nur Iman Qaisara berserta dua orang lagi cucu-cucuku, yang menyebok-nyebok memeriahkan suasana mengiringi mereka untuk memtong kek sambil menyanyi "Happy Birthday To You". Lihatlah gambar mereka di belah kanan, yang penuh keceriaan.
Selepas memotong kek, kami telah mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan buat keluarga kami.
Kek Harijadi Fiefy & ImanHanya KAMI 😊😊😊
Muga kita bertemu di program keluarga kami yang lain pulak.