Assalamualaikum kesemua pembaca tegar blog saya ini.
Setelah kami makan sekeluarga pada 22/01/2018, kini didalam bulan Mac, terdapat dua hari ulangtahun kelahiran ahli keluarga yang disayangi iaitu suamiku, dimana tarikh ulangtahun kelahirannya adalah pada 04/03/2018. Manakala cucuku, Nur Haura Irdina pula pada 16/03/2018.
Maka, aku telah pun bersepakat dengan ahli keluarga yang lain untuk meraikannya. Namun, haruslah kesemua ahli keluarga mempunyai masa untuk menghadiri acara makan beramai bersama keluarga ini. Oleh itu, memandangkan anak bongsuku akan balik ke Ipoh untuk berjumpa doktornya pada 26/03/2018, maka aku telah menetapkan bahawa pada 26/03/2018 sebelah malamnya, kami akan makan malam beramai di rumah sahaja. Lihat gambar sebelah, anak sulongku yang dekorat tuu... simple tapi cantik.
Anak sulongku dan suaminya telah bersepakat memilih menu yang sama semasa makan di #Port Ikan Bakar Station 18 iaitu menu shell out, sayur, sotong bakar, kepah rebus, cicah air asam dan sup tulang, tetapi pada kali ini, kesemua makanan tersebut dimsak sendiri oleh suami isteri tu (anak sulong ku dan suaminya). Disamping itu, kami juga memasak bubur kacang hijau untuk manisannya. Maka, sebelah petangnya, mereka berdua sebok memasak dan aku hanya menjaga cucu-cucu😊
Lihatllah gambar sup ni... Ha, ini sup tulang daging yang dimasak oleh anak sulongku. Hmmm... sedaap... Semakin hari, anak sulong ku ini semakin pandai memasak, maklumlah jadi suri rumah sepenuh masa, pastu dapat pula suami yang cerewet tentang rasa masakan, mestilah dia up dirinya supaya dia boleh memasak makanan kegemaran suaminya tu....😊
Macam tu lah kalau nak suami sayang, jaga tempat tidurnya, jaga perutnya, haa... masakkan makanan yang suami suka, jangan masak ikut tekak sendiri je 😜😜😜..
Lihatllah gambar sup ni... Ha, ini sup tulang daging yang dimasak oleh anak sulongku. Hmmm... sedaap... Semakin hari, anak sulong ku ini semakin pandai memasak, maklumlah jadi suri rumah sepenuh masa, pastu dapat pula suami yang cerewet tentang rasa masakan, mestilah dia up dirinya supaya dia boleh memasak makanan kegemaran suaminya tu....😊
Macam tu lah kalau nak suami sayang, jaga tempat tidurnya, jaga perutnya, haa... masakkan makanan yang suami suka, jangan masak ikut tekak sendiri je 😜😜😜..
Setelah kesemua masakan tersebut siap dimasak, mereka pun sebok menyajikannya. Nah tengok, gambar di sebelah tu... Hmm... sedapkan 😋😋😋. Aku beranggapan bahawa makan beramai di rumah lebih baik kerana situasi itu lebih mesra dan ceria, dan juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain didalam keluarga kami, terutamanya terhadap suamiku yang tidak tinggal serumah dengan kami.
Setelah acara makan shell out selesai, suamiku mulai mengantuk kekenyangan. Hmm... suamiku mula berbaring-baring nak merehatkan badannya. Pada masa itu sudah pun pukul 10:00 malam. Anak-anakku mula berkata "cepat le, bila lagi...". Anak sulongku sambung lagi "kalau lambat, nanti bebudak ni tidur". Suamiku tanya, "nak buat apa lagi". Maklumlah, suamiku sedang berseronok, berbaring sambil melayan karenah cucu-cucu yang sedang melinjan badannya dengan pelbagai ragam. Aku menyahut percakapan mereka, lalu aku menyuruh mereka, "pergilah keluarkan kek tu...".
"Selamat Harijadi, Selamat Harijadi, Selamat Harijadi Abie dan Haura, Selamat Harijadi". Begitulah suara kemeriahan dari kami sekeluarga dengan nyanyian Selamat Harijadi untuk suamiku dan cucuku.
Oleh kerana makanan itu kita masak sendiri, maka modal yang sama harga sewaktu kami makan di #Port Ikan Bakar Station 18 itu dapat kami nikmatinya di rumah sahaja. Malahan kuantiti makanan tersebut berlebihan, dan kami dapat menikmatinya sehingga kekenyangan. Suamiku, anak-anakku, menantu dan cucu-cucuku juga sangat gembira. Suara keriangan dan wajah wajah keceriaan itu amat terserlah. Tiada orang lain pada malam ini, hanya KAMI.
Begitulah keadaan kami, selagi mana kami berpeluang untuk berkumpul dan makan beramai, kami akan cuba menghargai dan meraikan masa itu sebaik mungkin.