Jumaat, 22 Julai 2016

Redho itu kunci kebahagiaan


Bersangka baiklah kepada Allah dengan apa yang telah Allah susun dan dengan segala ujian kehidupan yang diberi, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dengan apa yang kita lalui.

Sesungguhnya aku bersyukur, engkau menjauhkan suamiku seketika, atas kehendakNya, berlakulah ia, namun aku bersyukur, ianya memberi peluang kepadaku untuk mendekatiNya dengan sepenuh hati dan dengan jiwa yang tenang.  Sesungguhnya aku berpeluang bertafakur dan menyebut nyebut namaNya dengan penuh kesayuan dan kerinduanku memuncak terhadapNya tanpa berbelah bahagi. Hanya kepadaNya aku berserah diri.  Sesungguhnya aku menikmati sesuatu yang bukan semua orang dapat merasainya, nikmat disayangi olehNya.

Dia mengujiku dengan kesedihan, tapi kemudiannya Dia mendatangkan kebahagiaan itu dengan satu KEREDHOAN dan aku menikmatinya, alhamdulillah.

Ada didepan mata tapi hati tidak sepenuhnya, jauh aku ditinggalkan, namun dirindui, kenapa aku harus berasa tergugat apabila Allah mendatangkan keredhoan dalam diriku, sesungguhnya aku sedang menikmati ganjaran kesabaran yang ditanam dalam diri ini, alhamdulillah.  

Allah mengatur kehidupanku dengan penuh teliti, dan siapalah aku untuk menyoal atau memberontak dengan apa yang telah ditetapkannya dalam hidupku ini.  Berkongsi suami bukanlah pilihan, tapi aku benar benar yakin inilah jodoh yang ditetapkan Allah, kerana dahulunya aku sendiri tidak pernah menyokong hal sebegini. 

Syukur aku kepadaMu, Ya Allah dengan setiap apa yang berlaku ke atasku, engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tidak pernah engkau memberatkan fikiranku walaupun aku diuji dengan pelbagai ujian, kau bukakan Pintu Keredhoan ke dalam diriku yang sentiasa meringankan setiap beban kesusahan dan melenyapkan beban kesedihan, dan aku percaya redho itu kunci kebahagiaan. 



Aku sentiasa percaya kepada janjiMu, Ya Allah.
Terima kasih Allah.