Isnin, 4 Julai 2016

Perginya Ramadhan Bersama Airmata
















Perginya Ramadhan Bersama Airmata
---------------------------------------------

Ramadhan berlalu, kau masih begitu
Suamiku, tidak kau beri ketemu

Tidaklah ikhlas ku lepas pergi
dosamu pasti ikut kau nanti
hingga kini kau halang-halangi
pisahkan kami suami isteri

Perginya Ramadhan bersama airmata
Suamiku, muga Aidilfitri bertemu kita

Kini Ramadhan berlalu pergi
Syawal datang membawa seri
namun suamiku kau kawal rapi
berjumpa aku jangan sekali kali
langkahnya kau halang halangi
agar aku jangan dijumpai

Lama sudah ku menunggu
bertemu suami di pagi Mulia
namun masih tidak kesampaian
airmataku jatuh berlinangan

Inginku ulang manisnya bersama
kau pisahkan jua titik pertemuan

Ramadhan berlalu pergi
Syawal datang membawa seri

muga Maduku lembut hati
pintu restu dibuka Illahi
terimaku sebagai pengapit kiri
suami yang kita kongsi

SALAM AMPUN MAAF
SELAMAT AIDILFITRI.