Blog ini aku gunakan umpama DIARI / BUKU CATATAN buatku dan bukan niatku untuk menghebahkan ceritaku kepada satu dunia sepertimana yang dikatakan oleh sipolan ini. Blog aku tiada 'follower'. Maka, tidak ada orang lain yang membacanya melainkan anak-anakku sahaja yang mengetahui tentang blog ini. Aku hanya ingin meluahkan sedikit rasa gembira dan resah di hati, dan aku menggunakan blog ini kerana ceritanya boleh disimpan sampai bila-bila. Sekurang-kurangnya setelah aku mati kelak, cerita dalam blog ini masih boleh menjadi tatapan buat orang yang aku tinggalkan dan yang disayang, anak-anak dan cucuku. Mereka adalah orang yang paling dekat dengan aku. Mereka adalah orang yang paling memahami aku dan mereka suka dengan coretan-coretan blog ini.
Namun, ada pihak yang 'skodeng' blog ini. Aku tak kisah kalau dia sering membaca blog ini, tetapi malangnya, apabila dia tak suka dengan catatan aku, dia akan serang suamiku, dan suamiku pulak menyerang aku, padahal blog ini bukan untuk tatapan mereka, kenapa mereka nak menyebok 'skodeng' blog aku...!!! Blog aku ni tidak menceritakan kisah kamu pun melainkan semua kisah-kisah kehidupan aku. Maka, tolonglah wahai sipolan, janganlah buka dan baca blog saya lagi, kerana perbuatan kamu menyebabkan kami suami isteri bergaduh antara satu sama lain. Bukankah memecah belah itu kerja-kerja syaitan?
Tahun lepas 2013, aku dan Puan Siti pergi kursus di Mesjid An-Nur untuk belajar bab-bab menunaikan haji. Maklumlah, sewaktu dibangku sekolah dulu, aku tidak bersunguh-sungguh belajar bab haji ni, ha.. apabila dah tua, kenalah pergi belajar lagi supaya senang untuk melaksanakannya suatu hari nanti. Emak aku pernah berkata, "belajarlah bab haji dari sekarang, supaya senang nanti, bukan senang nak faham, kalau belajar selalu / setiap tahun pun tak apa, ianya boleh memahirkan kita dan mudahkan kita semasa nak melaksanakannya di Mekah nanti". Aku berfikir bahawa betul juga saranan emak aku itu. Maka aku berniat nak belajar bab haji ni pada setiap tahun, tapi di tahun ini, aku dah ketinggalan apabila anak aku selalu jatuh sakit. Namun syukurlah, setelah berusaha berubat di serata tempat dari utara hingga ke selatan, berkirim doa hingga ke Mekah melalui rakan-rakan dan saudara mara, berkat sabar, akhirnya Allah mengizinkan dan kini anak aku sudah sihat.
Pada awal tahun ini, kawan aku itu yang juga merupakan jiranku mengajak aku untuk mengerjakan UMRAH tetapi mungkin belum masanya. Wang simpanan aku masih tidak mencukupi. Pilihan utama aku adalah untuk mengerjakan HAJI dan bukan UMRAH. Pada masa kini, UMRAH bagaikan satu trend, sedangkan menunaikan HAJI adalah Rukun Islam Kelima yang perlu dilengkapkan apabila ada kecukupan dan kemampuan. Selama aku belajar dan mencari ilmu tentang bab haji, aku difahamkan bahawa sekiranya kamu telah mengerjakan Umrah, maka kamu telah "berhutang" untuk menunaikan Haji, yang mana ibadah Haji telah menjadi wajib ditunaikan keatas kamu. Oleh itu, aku tahu bahawa aku belum ada kemampuan dan kecukupan kewangan, maka aku hanya berusaha untuk mengumpul wang bagi mengerjakan HAJI DAN UMRAH sahaja. InsyaAllah, akan terlaksana jua nanti.
Kawanku Puan Siti sangat mengharap agar aku dapat pergi bersama dengannya mengerjakan Umrah tetapi apalah daya, aku masih belum ada kecukupan. Namun aku menasihatinya supaya dia pergi dulu sebab usianya sudah menjangkau 60an, bimbang jikalau tiba-tiba dia jatuh sakit nanti, seandainya dia tidak pergi pada masa ini, bila lagi? Maka, pada 1 April, 2014, beliau telah pergi ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah selama 2 minggu. Beliau sangat teruja dan beliau telah selamat berada di sana, dan tentu amat gembira kerana hasratnya kini terlaksana setelah beberapa kali tertangguh.
Aku hanya mengirimkan doa dan mendoakannya muga beliau selamat pergi dan kembali ke tanah air semula dalam keadaan sihat sejahtera. InsyaAllah muga aku jua akan sampai ke tanah suci Mekah satu ketika nanti. Amin. Pada 10 April, 2014, alhamdulillah, beliau telah selamat balik ke Malaysia.
Aku hanya mengirimkan doa dan mendoakannya muga beliau selamat pergi dan kembali ke tanah air semula dalam keadaan sihat sejahtera. InsyaAllah muga aku jua akan sampai ke tanah suci Mekah satu ketika nanti. Amin. Pada 10 April, 2014, alhamdulillah, beliau telah selamat balik ke Malaysia.