Hajat hati ingin bercuti ke Pulau Langkawi 3 hari 2 malam bersama keluarga tetapi lain pulak jadinya. Aku kecewa dengan keputusan suamiku yang tidak jadi dengan program yang telah diatur sejak dua bulan dulu, kami tidak jadi pergi ke destinasi tersebut, entah kenapa. Kami hanya berada di sini. Sedang aku sebok memikirkan, tiba tiba aku sakit, sesak nafas di dadaku, mujurlah anak ku berada bersama ku pada masa itu, maka anakku telah membawa aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan, dan perlahan-lahan badanku beransur pulih.
Jambatan P.Pinang Kedua |
Jom..berbeli belah |
menyorok sekejap, he he.. |
Anak-anakku pun dah mula merungut kerana abi mereka kurang balik dan jika balik pun hanya untuk beberapa jam sahaja. Mereka rindu untuk bersama dan bermalam dengan abi mereka sepertimana tahun 2005 dulu tetapi mereka tidak bercakap secara terus kepada abi mereka sebab mereka sayang dan masih menghormati abinya. Mereka berkata "sudah 9 tahun abi kawin dengan ibu, abi patut bagitau kepada "ummi" dan "ummi" patut menerima apa yang dah berlaku, ibu tak kacau abi semasa abi di rumah sana (TT Gantung), abi tetap layan "ummi" seperti biasa, ibu tak macam orang Indon yang kawin laki orang tu, langsung suaminya tak balik ke rumah isteri tuanya", itulah rungutan mereka.
Apabila cucu aku, Nur Iman Qaisara balik ke UK, dia pun bertanya jugak "atuk ngan ashu Nai mana? Aku jawab "atuk ngan ashu Nai ada di TT Gantung", ha.. amekaw, Iman kata " Iman pun nak gi T Ngantung", sambungnya lagi, "nak makan ngan atuk, ngan ashu Nai". Huh..jenuh jugak aku nak menjawab soalannya. Nasib baik aku tidak ada anak yang berbinkan atau berbintikan atuknya, kalau tidak, susahlah aku nak menjawab semua soalan-soalan budak kecil macam Iman ni.
Lagipun, perinsipku selama ini adalah kesemua manusia yang ada di sekelilingku, samada ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, cucuku dan saudara maraku, mereka hanyalah satu amanah yang DIPINJAMKAN kepada ku selagi ianya masih diizin ALLAH, dan apabila tiba masanya, jiwa-jiwa yang disatukan ini akan berpisah jua. Namun kelemahanku sebagai manusia biasa, kekadang aku merintih jua apabila suamiku tidak balik ke rumah dan jarang berada disisi ku tetapi aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa suamiku hanyalah PINJAMAN untukku. Aku juga sering mengingatkan anak-anakku bahawa apa yang ada pada kita hari ini semuanya PINJAMAN semata-mata, maka kamu tidak perlu ada rasa tamak atau sombong untuk memilikinya kerana satu ketika nanti, akan tiba masanya ALLAH tetap ambil kembali HAKNYA. Cinta sepenuhnya kepada ALLAH lebih indah kerana DIA lebih tahu diri kita dan akan sentiasa berada dengan kita tatkala kita senang, susah, gembira, sedih, kesunyian, dan pada bila-bila masa pun ALLAH sentiasa bersama kita, asalkan kita tidak melupakanNYA. Oleh sebab itulah, aku tidak memikirkan dan tidak pernah pula ingin berebut suami, malahan jiwaku sentiasa tenang walaupun suamiku jarang balik, atau balik sekejap-sekejap, kerana adanya kerendahan hati dan keredhaan diatas ketentuanNYA, dan aku sentiasa percaya ALLAH sedang memberi ganjaran yang baik buatku.

"..Iman nak ikut atuk ngan opah." |

Beliau seorang suami yang baik. Beliau mencuba untuk menjadi suami yang terbaik kepada kedua-dua keluarganya tetapi oleh kerana Pihak Yang Satu lagi tidak mahu menerima hakikat atas apa yang berlaku didalam keluarga ini, maka beginilah jadinya, akhirnya suamiku tidak boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan dan jadilah ia sepertimana cerita dalam filem Allahyarham P.Ramlee "Madu Tiga", berbohong sana sini. Kasihan dia.
Namun sebagai isterinya, dan atas tuntutan Islam, sesungguhnya berdosalah aku sekiranya aku tidak menasihati suamiku supaya berlaku adil terhadap kedua-dua keluarganya, dan sesungguhnya aku sudah pun menjalankan tugasku menasihatinya, muga terselamatlah aku daripada dosa-dosa atas kelalaian suamiku itu setelah aku menyampaikan peringatan itu kepadanya, dan aku percaya suamiku adalah suami yang terbaik untuk isteri-isteri dan anak-anaknya. Muga suamiku sukses.
"Ya Allah dan Wahai jiwa yang tenang, sesungguhnya dengan menerima hakikat dan redha itu lebih baik daripada menafikan hak dan menolak ketentuanMu, maka jadikanlah kami ini isteri-isterinya yang sabar, yang dapat menggembirakan hatinya, dan jauhkan kami dari sifat iri hati dan hasad dengki. Ya Allah, Engkau permudahkanlah kepada suamiku untuk mentadbir kedua-dua keluarganya dengan penuh kasih sayang, agar terselamatlah kami daripada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, Amin".