Selasa, 30 Mei 2023

Jejak Tsunami Banda Aceh (Part 2 (i)

HARI KEDUA  PERCUTIAN DI BANDA ACEH (18 MAC 2023)

Seronok juga tinggal di bilik hotel secara solo ni.. Sebab tak perlu berebut bilik mandi, dan tak perlu nak tunggu rakan kita bersiap.  Tidur di sini, jiwa rasa sangat tenang. Aura Islamic di Banda Aceh ni sangat menarik. Suara bacaan al quran sentiasa berkumandang dicorong pembesar suara mesjid.  Mesjid pun banyak dibina, cantik cantik belaka. 

Setelah aku siap, aku turun bersarapan di Cafe yang berada didalam bangunan hotel ini. Banyak makanan yang disediakan, dan sedap belaka. Diantaranya ada lempeng kecil, nasi goreng, dsbg.

Nasi impit bersama lontong

Lempeng mini

                                                                  Kueh manisan sagu
                                  
Ini mesjid yang berada di hadapan hotel bernama Mesjid  Syeikh Abdulrauf

                                                  Jom..naik bas, kita gi meronda Banda Aceh

Apabila semua rakan sudah bersarapan, kami telah dibawa oleh agent pelancongan ke Mesjid Raya Baiturrahman. Kami dikehendaki menanggalkan kasut dan menggunakan selipar yang telah disediakan oleh pihak Masjid apabila kami memasuki ruang luar dan dalam mesjid. Kami solat dhuha di mesjid ini. Di mesjid ini terdapat lebihkurang 6 batang payung besar. Rekabentuk payung besar itu hampir sama dengan payung besar di Mesjid Nabawi.  Payung besar itu akan dikembangkan sewaktu Solat Jumaat dan apabila ada pelancong yang datang melawat. 

Kami juga diceritakan bahawa masjid ini terselamat daripada limpahan air tsunami 2004. Di ruang dalam bangunan masjid ini tidak rosak. Air tsunami tidak memasuki bangunan masjid. Malahan limpahan airnya hanya berada diluar bangunan masjid sahaja.  Ramai mangsa tsunami yang berada disekitar masjid itu terselamat daripada hanyut bersama dengan limpahan air tsunami itu.  Disini, kami telah diberikan masa lebihkurang setengah jam untuk bergambar.

Pintu masuk Masjid Raya Baiturrahman

Didalam kawasan masjid

Rekabentuk dan corak  seperti di Mesjid Nabawi

Payung besar yang baru nak dikembangkan

                                                             Masjid Raya Baiturrahman

Setelah puas bergambar di Mesjid Raya Baiturrahman, kami dibawa ke destinasi kedua iaitu ke Museum Tsunami Aceh. Disini, kami ditayangkan dengan filem yang menggambarkan keadaan laut dan limpahan air semasa kejadian tsunami.  Kami juga ditunjukkan dengan catatan nama nama mangsa yang telah meninggal dunia semasa tsunami, dan kami juga telah dimaklumkan bahawa ada banyak negara yang telah memberikan bantuan kilat kepada penduduk Banda Aceh termasuk negara  kita, Malaysia. 
                                                                                
                                                     Di pintu masuk Museum Tsunami Aceh

Replika bentuk Museum Tsunami Aceh

Ini diantara nama-nama mangsa yang dicatatkan di dinding dalam Museum Tsunami Aceh

Bendera negara-negara yang membantu Tsunami Banda Aceh digantung untuk peringatan dan 
tatapan pelancong

Haa... nampak tak bendera negara kita, Malaysia? Tuuu.. Dari kiri nombor 2.

Sebenarnya, sewaktu aku berada di Museum Tsunami Aceh, aku lebih banyak ambil video sebab banyak tayangan filem dan audio yang dipamerkan.  Untuk hari kedua ni, ada banyak tempat yang kami pergi dan ada banyak gambar yang mahu disimpan disini sebagai kenangan. Sambung di episod yang berikutnya.


Isnin, 29 Mei 2023

Jejak Tsunami Banda Aceh (Part 1)

PERCUTIAN KE BANDA ACEH (17 - 20 MAC, 2023)

Dari masa ke semasa aku gagal menulis.  Hari ini, aku gagahkan juga dan menulis sedikit demi sedikit memori ini supaya ia tidak hilang begitu saja. Maklumlah, dah tua ni, nanti mudah terlupa pulak.πŸ˜„

Setelah asyik dengan rutin kehidupan baru, aku terfikir untuk pergi bercuti. Tempat pilihan aku adalah Banda Aceh.  Namun, aku tidak ada kawan untuk menemani aku pergi bercuti. Maka, aku tiada pilihan melainkan aku pergi seorang diri dan join dengan team itu bersama dengan kawan kawan yang baru.

Sebenarnya, aku tidak tahu nak ikut agent pelancongan yang mana tetapi tetiba ada banyak pulak iklan Percutian ke Banda Aceh yang lalu lalang diwall fb. Aku wasap agent Monaz Holidays Tours Sdn Bhd, dan mendapatkan info mengenai package percutian ke Banda Aceh tersebut. Harga asal pekej untuk seorang adalah RM1230.00 tetapi memandangkan aku lone ranger, maka aku terpaksa bayar lebih iaitu RM1480.00 untuk percutian 4Hari 3Malam bagi penginapan Bilik Berdua tapi tidur seorang😐

Selanjutnya, memandangkan aku bercuti solo, untuk memudahkan urusan aku, aku deal dengan wakil agent supaya menguruskan pembelian tiket bas aku dari Ipoh-Penang dan tiket balik dari Penang-Ipoh serta mengurus aku ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Kos yang perlu ditambah adalah RM130.00.

Alhamdulillah, segala urusan tersebut berjalan dengan lancar.   Maka, pada jam 12:30 tengah malam (17/3/2023) aku menaiki bas dari Ipoh-Penang, dan apabila tiba diperhentian bas jam 3:00 pagi, aku dijemput oleh En. Zarul dan beliau menghantar aku ke Lapangan Terbang Pulau Pinang.


                                                                Tiket bas dari Ipoh-Penang

                                                                 Bye..Bye Ipoh

                                                         Sorang jer.. Yang penting, Allah ada.

Dah sampai ke ruang menunggu di Lapangan Terbang Pulau Pinang. Jenuh duk sesorang menunggu kawan kawan baru dalam team tersebut dari pukul 3 pagi hingga ke pukul  8:00 pagi. Flight dari Penang-Banda Aceh hanya pukul 10:50 pagi je..πŸ˜‚

Lebihkurang jam 8:30 pagi, wakil agent pelancongan dari Monaz Holidays Sdn Bhd dan kawan kawan baru  tersebut sampai. Di sinilah kami mengenali antara satu sama lain.  

                                                                 Border pass

Jom..kita terbang

                                                                 Kawan baru..

Tempoh penerbangan Penang-Banda Aceh adalah lebihkurang 1 jam 20 minit. Perbezaan masa diantara Banda Aceh dengan Malaysia adalah sejam. Jikalau di Banda Aceh menunjukkan pukul 4:00 petang, maka jam di Malaysia sudah menunjukkan pukul 5:00 petang. Sebaik sahaja kami sampai di Banda Aceh, kami dijemput oleh Wakil agent pelancongan bernama En. Mawardi.

                                              Di perkarangan lapangan terbang Banda Aceh

                                           Kami dibawa meronda Banda Aceh menaiki bas.

Pemandangan di pusat bandar

                                                         

                                         Banda Aceh dikenali dengan gelaran Serambi Mekah.  

                                  Kami dibawa singgah ke tepian laut, PANTAI CERMIN ULEELHUE

Kebetulan ada seorang fotographer tempatan disitu. 
Apalagi, ambil lah peluang.. minta dia ambilkan gambo aku...😐 

Selepas selesai meronda, kami dibawa check in ke hotel, Grand Permata Hati. 
Mandi, solat dan bersiap untuk makan malam.

Makan malam di Restoran Wong Solo, restoran yang menyediakan menu Ayam bakar/Kambing bakar.

Simple jer tapi.... sedap.

Selesai makan malam, kami pulang ke Hotel. Inilah kisah pada hari pertama aku berada di Banda Aceh @ 17hb Mac, 2023.  

Ada banyak pengalaman menarik yang aku nak cerita. Tunggulah, aku sambung di episod berikutnya.

Jumaat, 3 Februari 2023

Hidup Baru (Part 2)

Setelah 3 bulan aku menjadi suri rumah ataupun pesara, aku alami demam dan sakit teruk selama 2 minggu. Aku jarang kena sakit tapi entah kenapa tetiba aku sakit begitu lama. Anak aku pula semakin pulih dan semakin sihat. Alhamdulillah. Pun begitu, dia masih tidak boleh berjalan dengan betul, tangannya masih tidak boleh pegang dengan betul, mulutnya tidak boleh bertutur dengan betul dan matanya gagal melihat dengan betul. Dia berjalan menggunakan tongkat. 

Berbalik kepada keadaan aku yang sakit itu.. Mulut aku pecah. Ulcer. Pernafasan agak sempit. Aku risau juga. terkena covid ke? Aku test, negatif. Hmm...badan masih tak bermaya. Suatu hari, bekas adek ipar aku beritahu aku mengenai spincycle di JayCycle. Aku pun berminatlah nak pergi gym tu.  Wah.. apabila aku spincycle, paru paru aku rasa lapang, pernafasan rasa lapang, otak juga rasa lapang, mood jadi sangat bagus. 

Maka, bermulalah hidup baru aku tu.. Aku mula aktif dalam excersize spincycle. Wow, walaupun aku hanya pergi seminggu sekali dalam tempoh sejam saja, badan aku jadi kurus. Alamak... Kurus bukan target aku sebab...sebab aku memang kurus..πŸ‘©

Spincycle pada kali pertama dengan Syikin. Selepas spin, Syikin sakit urat. Maklumlah urat terkejut dan jadi tegang πŸ˜‚ dan akhirnya dia tak mahu joint spincycle lagi..




Pada minggu minggu yang berikutnya, aku pergi seorang jer... 
Tanpa berteman pun, aktiviti aku diteruskan juga. Tak jadi  hal la.., aku biasa bersendiri ni.. tak perlu orang untuk jadi peneman.. bukan cam setengah orang tu, pergi pasar malam pun nak bertemanπŸ˜‚

Cuti CNY aku ajak adik ipar joint pulak.. Bagi dia rasa betapa seronoknya berspincyle.
Nampak tu, bersemangat je dengan baju orennya.


Di JayCycle juga ada program Belajar Fardhu Ain denagn grup PAWE. Aku tak ketinggalan, joint juga grup tu... Ya la, alang alang dah spincycle di Tingkat 2, apabila turun aku terus masuk  kelas Fardhu Ain  di tingkat 1 pulak. Sekali arung jer...Badan sihat, ilmu dapat. Selain daripada itu, aku juga telah pergi ke Kelas Mengaji Quran secara personal untuk mendalami ilmu bacaan quran di Al Baghdadi Medan Gopeng.



 

Apa lagi aktiviti yang aku buat...? Ha.. waktu zaman sekolah dulu, aku tak berpeluang nak joint aktiviti lasak ni. Makanya, inilah masa untuk aku merealisasikannya walaupun sekarang ini, aku bakal berusia 58 tahun. Alhamdulillah, aktiviti yang aku buat ni sangat menyihatkan badan aku.


Mendaki bersama Uyah ke Bukit Bangkong Chemor dengan ketinggian 312 meter.


Sempat bergambar dalam separuh perjalanan mendaki Bukit Batu Suluh Ulu Kinta


Bersama Uyah kaki hiking.


Alhamdulillah. Rasa teruja kerana berjaya memanjat batu kapur menuju ke puncak Bukit Batu Suluh setinggi 401 meter

Dalam kumpulan aku ni, bukan semua berjaya ke puncak batu ni.. hanya kami 3 orang jer..
Haa.. ada yang geram jer tengok aku duk relex relex di puncak tu..πŸ˜„
Sebenarnya, panjat batu kapur ni memang sangat mencabar.

Apabila ada peluang, pergi menapak ke Bukit Bangkong lagi tapi pada kali ini, aku pergi dengan adek ipar pulak...

Bermula dengan tempat rendah, akhirnya aku berjaya mendaki Bukit Kledang setinggi 800 meter  

Bersama Uyah kaki hiking. Kami kesini hanya berdua saja.

Penat tak terkata tapi.. semangat, gigih juga memanjatnya. Waktu menurun, rasa nak   tempah kasut roller jer,. Terasa sakit kaki tu tapi.. aku sangat berbangga, Allah pinjamkan badan yang sihat dan aku berkesempatan memanjat Bukit Kledang ini diusia 58 tahun. Alhamdulillah.

Jika badan maintain sihat, maintain kurus, maintain berkudrat, kita cuba panjat bukit lain pulak, ye dak...  Apabila dapat buat sesuatu yang kita terlepas dizaman muda, rasa nikmatnya, aumm..πŸ˜‚

Cukuplah setakat ini dulu coretan untuk kenangan. Nanti, aku sambung lagi.