Selepas kami puas bermandi manda di Pulau Manukan, kami diarahkan menaiki bot semula dan kami akan di bawa ke MAMUTIK ISLAND. Air dipersisiran pantai Pulau Mamutik ni memang cantik tetapi ianya tidak sesuai untuk bermandi manda memandangkan pulau ini ada obor-obor. Di pulau ini juga terdapat banyak anak biawak, dowhhh... Terkejut aku wehhh.... 😄😐
Baru sampai Mamutik Island
Jernih jer obor-obornya tapi..apabila terkena habis kulit bengkak dan gatal-gatal. Sian kepada pasangan yang terkena tuuu... Naya..deme pikio nak mandi manda... tup tup.. kena gigit dengan obor-obor tu..
Menikmati cantiknya lautan yang luas
3 opah pingitan 😄😄
Agaknya memang rezeki kami murah dalam percutian ini. Sebenarnya package yang kami ambil hanya untuk 2 pulau sahaja iaitu Pulau Manukan dan Mamutik Island. Entah bagaimana... Hilmi suruh kami ikut kumpulan bebudak lelaki ni pergi ke Pulau Sapi. He.. he.. tiada caj dikenakan, tau.. free jer beb..
Di PULAU SAPI ini ada banyak memek @ monyet. Dipersisiran air laut di pantai ini, ada banyak anak ikan kecil iaitu saiz ikan bilis.. Anak ikan betui, wokey...
Baru sampai Pulau Sapi
Apa yang aku menungkan...?
Aku okay jer...beb..👩
melihat kejauhan.. jalan hidup yang masih panjang
Selesai sudah melawat ke pulau-pulau.
Pukul 2:00 petang, kami sampai semula di Jaeselton Point. Hujan renyai renyai. Kami berjalan kaki didalam hujan pulang ke hotel. Sepatutnya AJ datang jemput kami untuk dibawa ke hotel tapi kami sengaja tak mahu talipon dia dan kami balik berjalan kaki sahaja sebab jarak hotel dengan Jaeselton Point dekat sahaja.
Selepas kami selesai solat, kami bersiap ke Jamilah Jewellery Kota Kinabalu untuk membeli mutiara sebagai buah tangan untuk anak cucu aku. Sewaktu sedang pilih memilih mutiara tu, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Maka, kami tidak dapat meneruskan itinari yang berbaki itu. Kami pulang ke hotel je laa...