Ahad, 21 Oktober 2018

Bercuti bersama Iskandar (Part 2)


Hari ini, aku, Iskandar dan Afiq merancang untuk berjalan ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak. Aku bawa 2 orang cucu aku iaitu Nur Iman Qaisara dan Haura Nur Irdina bersama-sama.  Pagi sebelum kami ke Kellie's Castle, kami singgah makan di Taman Perpaduan terlebih dahulu.  Sebenarnya, walaupun aku ini warga Perak, ini adalah kali pertama aku melawat Kellie's Castle.

Perjalanan dari Ulu Kinta ke Kellie's Castle ini aku rasa jauh juga.  Maklumlah aku tak pernah sampai di tempat tu... Teruja lah juga sebab selama ni aku hanya mendengar cerita daripada orang lain jer.. Untuk memasuki kawasan Kellie's Castle ini kami dikenakan tiket.  Aku tak tahu lah  berapa bayarannya sebab kesemuanya ditanggung oleh Iskandar. Tak ada apa yang aku nak tuliskan. Aku sekadar nak meletak gambar kenangan saja di sini..


                                                         Nur Iman Qaisara dan Haura Nur Irdina 




Sebenarnya, tempat ini pun luas dan aku tak sempat nak menjengah ke semua bahagian tempat ini sebab tak larat nak melayan perangai si kecik Haura Nur Irdina ni.. Dapatlah sikit gambar jer..


                                                      Penat berjalan. Semua pakat duduk kat sini


Setelah anakku dan Afiq selesai melawat keseluruhan bangunan Kellie's Castle ini, kami bergerak ke Warisan Kapal Korek yang terletak di Tanjung Tualang Perak. Di sini pun kita dikenakan bayaran. Setelah kita mendapat tiket memasuki kawasan Kapal Korek, kita diberikan topi dan kita perlu memakai topi tersebut. Ini juga kali pertama aku menjengah tempat ini.


                                                            Engineer Iskandar dan Afiq ☺☺


                                                              Kami melawat kawasan☺☺☺


Engineer Iskandar dan Afiq sedang berbincang ☺☺

                                                              Berpossing habis cucu aku ni...

Apabila selesai melawat Kapal Korek, kami telah pulang ke Ipoh dan terus ke Funtasy House Trick Art (3D) di Ipoh, Perak yang terletak benar benar didalam Bandaraya Ipoh.  Di sini, kami hanya menghabiskan masa dengan bergambar tapi aku muatkan sedikit saja di sini sebagai kenangan. Di sini pun kita kena bayar tiket, okey... Zaman sekarang mana ada free dik ooi...

                                                          Kita dah terperangkap dalam buih ni..

                                                           Jom kita terbang.. Kemana weh oii..

                                                                        Hati hati meniti ni.. Terjatuh nanti..

                                                            Wah.. bestnya... selepas meniti, jumpa duit banyak..

                                                              Menyorok... Isy..Diam.. ada tikus cari korang tuu...

                                                Ehh... nak terbang ke mana, Iman dan tertinggal tuu..


                                                        Alamakk..!! Saiz depa dah jadi kecik laa...

Begitulah kisah untuk hari ini.  Budak budak pun dah letih.. Jam 5:30 petang, kami dah sampai di rumah dan berehat.  Kedua-dua cucu aku sangat girang kerana dapat ikut Paksu mereka bercuti.

Cukuplah di sini... Nanti berjumpa lagi.

Sabtu, 20 Oktober 2018

Bercuti bersama Iskandar (Part 1)


Anakku Iskandar ingin menghabiskan cuti tahunan dan dia telah mengambil cuti pada 20/10/2018 dan 21/10/2018.  Iskandar pulang ke Ipoh dan bercuti bersama seorang sahabat karibnya yang dikenali dengan panggilan nama Afiq. Anakku dan sahabat karibnya memberitahu bahawa mereka ingin cuti bersiar di dalam negeri Perak ni. 

Sememangnya telah menjadi tabiat aku, apabila terdengar mereka nak bercuti ke suatu tempat, maka aku pun seboklah survey tempat tempat yang boleh dilawati di sekitar Perak ini. Aku pun deraf satu itineri perjalanan percutian itu.  Mereka terima beberapa cadangan itineri yang aku berikan itu. Maka, pada 19/10/2020, anakku dan Afiq bergerak balik dari Kajang ke Ipoh.



Keesokannya, 20/10/2020 jam 10:00 pagi, kami bertiga keluar bersarapan terlebih dahulu sebelum ke Taiping.  Tempat pertama yang kami singgah adalah Museum Taiping.  Kami dikehendaki membeli tiket dengan harga RM2.00 setiap seorang. Di Museum ini terdapat banyak gambar gambar lama, barang lama dan rangka tulang binatang binatang serta binatang binatang yang diawetkan.  Tidak kurang juga pameran kenderaan lama.  Kami sempat mengambil beberapa keping gambar buat kenangan.



Sewaktu ni Iskandar menggunakan tongkat kerana pangkal tulang kaki kanannya sedang terhakis.
Sebelum masuk ke Bangunan Museum Perak, kami bergambar dahulu di luar ni.
Ini salah satu kenderaan lama di zaman British menetap di Tanah Melayu.
Sebenarnya kami dilarang daripada mengambil gambar ketika berada didalam Museum ini. Makanya, banyak gambar barangan lama gagal diambil

Selepas kami melawat Museum Perak, kami bergerak ke Zoo Taiping.  Memandangkan tempat meletak kereta dengan pintu masuk Zoo Taiping agak jauh dan Iskandar pula berjalan perlahan menggunakan tongkat, maka kami berfikir ianya tidak sesuai untuk Iskandar meneruskan lawatan di dalam Zoo Taiping yang luas itu.

Kami beredar dari Zoo Taiping dan mencari satu tempat lagi iaitu tempat kuda.. Aku dah lupa pulak nama tempat tu.. Sayangnya, tempat itu tidak beroperasi lagi.

Kebanyakkan nama tempat tempat yang kami senaraikan sudah tidak diurus lagi.  Seterusnya kami  mencari gerai menjual cendol yang dikatakan popular di Taiping ni.. Namun apabila kami sampai di gerai itu, kami tidak berselera untuk menjengahnya lalu kami meneruskan perjalanan kami ke Kuala Kangsar.

Di Kuala Kangsar juga ada beberapa tempat yang ingin dilawati tetapi tempat tempat tersebut sudah tidak beroperasi lagi dan juga sedang dibaik pulih.

Kami hanya sempat singgah di Istana Iskandariah dan Mesjid Ubudiah sahaja.




Seterusnya, kami singgah makan tengahari di Pekan Kuala Kangsar di tepi sungai itu.  Tempat makan ni memang popular. Ramai pelanggan yang makan di sini.  Selepas perut kenyang, kami membeli ole-ole yang popular didalam negeri Perak iaitu Labu Sayong dan Periuk Tanah.  Aku hadiahkan sebuah Labu Sayong untuk emak Afiq.  

Memandangkan kami tidak ada arah tuju lagi, maka kami pulang awal ke Ipoh. Pada sebelah malam jam 8:00, kami berkumpul dan makan malam keluarga di Restoran Siam yang terletak di Pekan Tambun serta buat surprise meraikan Ulangtahun Hari Lahir Iskandar yang ke 26 tahun in advance. Pada malam ini, menantu sulongku tidak dapat pulang untuk meraikan bersama-sama kerana dia sebok bekerja di Kuala Lumpur. 

                                                       Restoran Secret Siam di Pekan Tambun.



                                                                       Birthday Iskandar yang ke 26 Tahun.


Masa yang paling berharga adalah apabila kita dapat berkumpul dan makan bersama keluarga tapi pada hari ini, aku kekurangan seorang ahli keluarga iaitu menantu sulongku.

Okaylah... sok aku sambung Part 2.

Rabu, 7 Mac 2018

Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 5)


HARI KE EMPAT (27/02/2018)

Assalamualaikum.  Hari ini kita nak bercerita mengenai hari terakhir kami berada di AONANG, KRABI, THAILAND.  

Sebelum itu, saya nak bercerita tentang hari semalam.  Kami difahamkan bahawa di Aonang, Krabi ni kaya dengan pelbagai pancake.  Mereka kata rasa pancake di Aonang, Krabi ni sedap.  Kami pun nak mencuba lah,..

Kami telah membeli Banana Pancake Nutella dengan harga 60 Baht (RM7.62), mahal kann... Rasanya biasa aje.  Air kelapa di sini pun berharga lebih kurang 60 - 80 Baht (RM7.62 - RM10.16).  Jadi, saya tak rasa lah nak mencuba air kelapa di Aonang Krabi ni sebab saya tengok biasa aje sepertimana air kelapa di Malaysia.  Di Malaysia pun saya boleh minum dengan harga  yang lebih murah iaitu RM3.00 jer...

Ramai penjual air kelapa yang menjual air kelapa dan jual pancake di pinggir@tepi jalanraya di Aonang, Krabi.. Dimana-mana pun anda boleh mendapatkan minuman air kelapa  dan juga makan pancake kerana ianya mudah didapati. Pancake pula ada pelbagai jenis rasa pancake. Lihat gambar di sebelah dan di bawah ni.  Di bawah itu adalah Mini Pancake yang boleh dibeli dengan harga 20 Baht (RM2.54) untuk 6 keping Mini Pancake daripada pelbagai rasa.

Menurut En Hasri, penduduk di Aonang, Krabi membeli kelapa dari Bangkok dengan harga 5 Baht (RM0.63), tetapi apabila kelapa sudah memasuki Krabi, harga kelapa menjadi 20 Baht (RM2.54). Oleh sebab itu, minuman air kelapa, samada diminum airnya dari dalam buah kelapa atau pun di dalam gelas, harga air kelapa yang djiual meningkat menjadi 60 - 80 Baht. Namun,  menurut kata Encik Hasri lagi, ada banyak sambutan dan permintaan sebab ramai  pelanggan yang membelinya.


Sepertimana pada hari kedua dan ketiga yang lalu, kami masih ada sehari lagi voucher untuk bersarapan di Hasna Palace Restaurant.  Hari ini, kami bersarapan dengan hanya memakan nasi goreng serta minum teh tarik sahaja.


Sebelum kami naik ke bilik hotel semula, kami telah berjalan kaki dan mengambil beberapa gambar di AONANG MUSLIM STREET untuk dijadikan kenangan.


Ini gambar di pintu MASJID AONANG AL-MUNUAWARAH. Setiap hari kami dapat mendengar azan yang berkumandang di Mesjid Aonang AL-Munuawarah ni sebab Hasna Palaca Hotel yang kami diami selama 4 hari 3 malam itu terletak berdekatan dengannya.




Ini wajah anakku yang penuh kegirangan kerana bercuti di Aonang Krabi, Thailand.  Katanya, "seronok bercuti begini, rileks aje.... tidak perlu terkejar ke sana sini sepertimana bercuti mengikut kumpulan-kumpulan pelancong yang ramai tu.." Percutian yang kami pilih adalah  PRIVATE TOUR (Melancong Peribadi) dan percutian cara ini lebih menyeronokkan... Sangat relex and freedom.





Haa... Kita ambil berkat bergambar di sini dulu, yek.. Di sini, kami melihat warga lelaki dan wanita di Aonang, Krabi  ini  seperti  kita juga, ramai yang mengunjung ke Mesjid ini.  Pada sebelah malamnya pula ramai peniaga memenuhi ruang kaki lima di hadapan mesjid untuk berniaga.  Saya juga melihat seorang ahli jawatankuasa mesjid sedang mengutip sewa  tapak daripada peniaga yang berniaga di  Aonang Muslim Street pada setiap malam.  Namun, saya tak pastilah berapa bayaran sewa yang dikenakan itu..

Selesai bergambar, kami naik ke bilik hotel dan kami menghabiskan masa didalam bilik dengan mengemas barang dan beg untuk pulang ke Malaysia.  Tiba-tiba pada jam 12:00 tengahari waktu tempatan (Aonang, Krabi), pintu bilik kami diketuk orang.  Setelah pintu dibuka, kami melihat Cik Toon iaitu pekerja di hotel tersebut sedang berdiri di hadapan pintu sambil memberitahu saya bahawa Encik Hasri sedang menunggu kami di tingkat bawah. Kami pun bergegas turun dengan membawa bagasi  dan  juga semua barang yang dibeli. Sebaik sahaja sampai di bawah Encik Hasri membawa kami ke keretanya.  Saya minta dia tunggu sekejap sebab saya nak beli Green Tea Mix dan kain Songket Thailand di kedai seberang jalan di hdapan Hasna Palace Hotel ni.

Ingat tak... Semalam, kami hanya berjalan-jalan dan langsung tidak membeli apa-apa pun.  Sebenarnya, kami survey harga barang dari satu kedai dengan kedai yang lain.  Harga  barang di setiap kedai tidak sama.  Sebagai contoh, harga Green Tea Mix ni..  Kebanyakkan kedai menjualnya dengan harga 120 Baht (RM15.24)  dan  kain Songket Thailand pula kebanyakkannya dijual dengan harga 250 Bath (RM31.75). Namun, kedai di hadapan Hasna Palace Hotel ni menjual Green Tea Mix dengan harga 80 Baht (RM10.46).   Manakala, kain "Songket Thailand" pula dijual dengan harga  200 Baht (RM25.40).  Saya buat tawar menawar sebelum membeli dan akhirnya saya membeli kain Songket Thailand tersebut dengan  harga 180 Baht (RM22.86) sahaja.
Memandangkan, saya masih ada baki ditangan berjumlah sebanyak 480 Baht (RM60.96), maka saya membeli 2 peket Green Tea Mix dengan harga  160 Baht (RM20.32) dan sehelai kain "Songket Thailand" itu dengan harga 180 Baht (RM22.86).  Setelah saya selesai membeli, saya segera menuju ke kereta dimana Encik Hasri dan anak saya sedang menunggu kedatangan saya.

Memandangkan kondisi anak saya yang tidak boleh terlalu aktif dan cepat letih serta perlu berehat, maka, kebanyakkan masa kami dihabiskan dengan  duduk berehat di bilik hotel sahaja. Anak saya pula bizi upload gambar-gambar yang ditangkap semasa lawatan ke hutan dan ke pulau-pulau. Mujurlah, saya juga bukan kaki shopping, kalau tak, panjanglah muncung ni...

Sepanjang perjalanan hendak ke  KRABI INTERNATIONAL AIRPORT, kami dibawa melalui laluan jalanraya di pinggir pantai dan kampong-kampong, sambil tu Encik Hasri bercerita tentang kehidupan penduduk di Aonang, Krabi, Thailand.  Semasa melalui jalanraya di pinggir  Pantai Aonang, kami terjumpa satu arca Ikan Todak dan kami telah meminta Encik Hasri berhenti disitu dan ambil gambar kami.  Tengok gambar ni... Besar arca Ikan Todak ni...

Kemudian, Encik Hasri bercerita mengenai sebab-sebab adanya Ayam Boy.  Nak tau tak....???  Ayam Boy ni dikatakan mirip kepada ayam KFC.  Di Aonang, Krabi, Thailand, ayam KFC tidak halal, malah di KFC juga ada dijual becon.  Ha... hati-hati yek, jangan suka-suka nak makan KFC di Krabi, Thailand.  Oleh kerana penduduk Islam di Aonang, Krabi ingin makan ayam KFC, maka salah seorang penduduk telah memulakan  perniagaan  ayam  goreng yang hampir serupa dengan keenakkan ayam KFC iaitu AYAM BOY.   Perniagaannya telah difrancaiskan di sekitar Aonang, Krabi, Thailand. Saya tak sempat nak ambil gambar gerai Ayam Boy itu.

Akhirnya, tepat jam 1:00 tengahari waktu tempatan (Krabi), kami sampai di KRABI INTERNATIONAL AIRPORT.  Kami sempat juga bergambar bersama dengan Encik Hasri di pintu lapangan kapalterbang tersebut.

Apabila kami masuk ke dalam, hatiku berdebar apabila melihat begitu ramai orang yang sedang beratur di Kaunter Air Asia yang mana hanya ada  3 kaunter sahaja yang dibuka. Saya agak cemas sedikit pada masa itu.  Bimbang jikalau tidak sempat melepasi Boarding Pass dan tertinggal kapal terbang.  Dup dap..dup dap... jantung saya.  Setelah lama beratur, maka sampai lah juga giliran kami untuk urusan bagasi kami itu.  Kemudian, kami diminta pergi ke Gate 1.  Sekali lagi hatiku berdebar-debar apabila terpaksa beratur panjang untuk melepasi Imigresen di Gate 1, yang mana kaunternya hanya 2 sahaja yang dibuka pada masa itu.  Bagaimanapun, semua urusan dapat dilaksanakan menurut jadual waktu yang ditetapkan.

Kami telah menaiki kapalterbang Air Asia bernombor AK 869 dari KRABI-KL pada jam 2:05 petang (3:05 waktu Malaysia), dan kami sampai  di KLIA2 lebihkurang jam 4:25 petang.  Kami telah dijemput oleh kawan anakku bernama  Afiq dari KLIA2 ke rumah anakku di Cheras.  Kami singgah sekejap di rumah anakku dan kami balik ke Ipoh pada malam itu juga.

Buah tangan yang dapat kami bawa balik hanyalah sehelai T-Shirt untuk setiap ahli keluargaku, iaitu suamiku, 3 orang anak, menantu dan 3 orang cucu  kecuali cucu bongsuku yang baru berusia 6 bulan iaitu Nur Esyal Qarmila, sebab tidak ada T-Shirt saiz kecil yang sedondon untuk Esyal.  Saya juga  membeli sehelai T-Shirt untuk kawan sepejabat ku.

Habis sudah cerita kami mengenai pengalaman kami MELANCONG KE KRABI 4 HARI 3 MALAM yang mana pakej  melancong ini telah diuruskan oleh Cik Syahirah Ismail dari AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD  yang beralamat di No. 37  &  39, Jalan Lim Bo Seng, 30300 Ipoh, Perak. (No. Talipon: 05-2550303)  Sesiapa yang berhasrat nak melancong, saya mengesyorkan anda bolehlah hubungi mereka ini. 

Inilah kali pertama saya menguruskan sendiri percutian tanpa melibatkan orang lain.  Maksudnya,  saya sendiri yang mengenal pasti pilihan tempat untuk melancong dengan persetujuan anak saya, mencari agen untuk mengurus pembelian tiket dan booking hotel serta jadual lawatan, membuat keputusan terhadap harga pakej yang dipersetujui dengan agen dan segala pembayaran untuk melancong ini  ditaja oleh saya sendiri.  Terima kasih juga kepada Boss saya yang memberi bonus sebanyak  RM4,300.00 pada tahun ini. 

Saya amat berterima kasih juga kepada Cik Syahirah Ismail yang telah menguruskan  Private Tour dan melaksanakan impian saya untuk bercuti dengan anak saya, Muhammad Iskandar Zamri.   Kami sangat berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang diberikan kepada kami dan insyaallah, jikalau ada rezeki, kewangan dan kesihatan yang baik, kami akan melancong lagi dan akan cari Cik Syahirah Ismail untuk menguruskannya, Insyaallah.  TAMAT.
  

Selasa, 6 Mac 2018

Bercuti Ke KRABI, Thailand (Part 4)


HARI KETIGA (26/02/2018)

Selesai sudah cerita hari kedua kami berada di Aonang, Krabi, Thailand.  Hari ini adalah hari ketiga kami berada di sini.


Sepertimana semalam, hari ini kami masih bersarapan di Hasna Palace Restaurant.  Sudah menjadi kebiasaan saya, apabila saya bercuti, saya tidak akan pernah tinggalkan kopi kegemaran saya iaitu KOPI MAS AYU PLUS COLLAGEN, minuman sedap dan berkhasiat. Meningkatkan daya  stamina dalam tubuh dan membantu baik pulih organ untuk kesihatan luaran dan dalaman.  Jom awet muda dengan minuman secawan kopi, KOPI MAS AYU PLUS COLLAGEN.  Boleh wsap saya di nombor 017-5922240  kalau nak cuba kopi ni. 😉😉 Beri laluan untuk iklan Kopi Mas Ayu Plus Collagen sikit. He he..Jangan marah ya...


Hari ini kami berdua makan Kuetiau goreng.  Sepertimana yang saya katakan, makanan di Aonang, Krabi, Thailand ni popular dengan rasa masinnya.  Hmm... kalau orang ada darah tinggi, jangan lupa minum jus limau yek...

Didalam agenda yang diaturkan oleh Cik Syahirah Ismail dari AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD, dan sepertimana yang diberitahu oleh Encik Hasri, Private Tour Guide kami yang berada di Aonang, Krabi, Thailand, pada hari ini, kami berdua akan Joint Tour melawat ke pulau-pulau.  Kami akan pergi ke 4 pulau iaitu Poda Island, Chicken Island, Tub Island dan Moore Island.

Sebelum kami mengikuti lawatan tersebut, pada malamnya, kami telah pun membeli sebuah beg kalis air dan dua buah beg kalis air untuk talipon bimbit.  Kita kena pandai tawar menawar ketika membeli belah barangan di sini, sebab harga barangan di sini boleh tahan mahalnya. 

Beg kalis air yang dijual adalah 390 Bath (RM49.53).  Apabila kita nak membeli, secara otomatik penjual itu akan mengurangkan harga tersebut kepada 350 Bath (RM44.45).  Haa... jangan terpedaya.  Sebenarnya, kita masih boleh minta kurang lagi.  Saya terus tawar menawar dengan si penjual itu, dan akhirnya, si penjual tidak mahu bersuara tetapi dia menunjukkan mesin kalkulator yang ada ditangannya kepada saya dengan nombor 330.  Si penjual tu tak mahu bersuara lagi sebab di kedainya ada ramai pelanggan dari Eropah yang sedang membeli belah barangan di kedainya. Si penjual telah menawarkan harga 330 Bath (RM41.91) kepada saya.  Saya masih berfikir samada perlu beli ataupun tidak, tetapi akhirnya saya beli juga sebuah beg kalis air tersebut.  Manakala beg kalis air untuk talipon bimbit pula, mereka meletakkan  harga 100 Bath (RM12.70)  untuk  satu beg tersebut, dan saya pula dapat membeli dua beg kalis air untuk talipon bimbit tersebut dengan harga 160 Bath (RM20.32) sahaja.

Setelah kami selesai bersarapan, sebuah kereta pelancongan telah datang menjemput kami, lalu  kami dibawa ke pantai untuk mendaftar diri (saya tak ingat lah nama tempat tu).  Kemudiannya, kami berdua diberikan sticker bernombor  007.   Haa.... dapat nombor James Bond you, he he... Kami disuruh menunggu seketika.  Lebih kurang 15 minit berlalu, nombor 007 dipanggil oleh seorang wanita,  Setiap daripada kami yang mempunyai nombor 007 tersebut diminta berkumpul di satu tempat.  Terdapat seorang Tour Guide wanita memperkenalkan dirinya dengan nama Da, nama penuhnya Fareeda. Dialah Tour Guide yang akan menjadi ketua kami untuk lawatan ke pulau-pulau tersebut.  Kumpulan Joint Tour ini terdiri daripada  2 orang lelaki Eropah, seorang wanita dari Peru, Brazil, 3 orang mungkin dari Negara China, dan 9 orang yang datangnya dari Negara Thailand sendiri.  2 orang lelaki Eropah tu tidak turut bersama  semasa bergambar kerana mereka dah hilang entah ke mana...  

Didalam pakej untuk ke pulau-pulau, pelancong diberi dua pilihan samada hendak menaiki Speed Boat (bot laju) ataupun Long Tail Boat  (bot panjang).  Memandangkan, kami pernah menaiki Speed Boat di Malaysia, maka saya memilih untuk menaiki Long Tail Boat. Pelancong juga dikenakan bayaran sebanyak 400 Bath (RM50.80) setiap seorang, tetapi kami berdua tidak perlu bayar lagi sebab agen kami, Cik Syahirah Ismail dari AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD telah pun menguruskannya, dan sepertimana yang saya beritahu semalam, bayaran lawatan kami telah pun dikira didalam jumlah RM1,503.00 setiap seorang itu.

Selepas Fareeda selesai memberikan taklimat mengenai perjalanan dan keselamatan kami ketika menaiki bot dan menikmati pemandangan di pulau-pulau, kami diminta pergi ke bot pilihan kami.  Kami melalui pasir-pasir pantai yang sangat halus, putih dan bersih.  Pasir-pasirnya amat berbeza daripada pasir-pasir di pantai kita.  

Destinasi lawatan kami yang pertama adalah ke  RAILAY BAY  yang terdapat gua Phra  Nang Cave di pulau tersebut. Menurut Fareeda, ramai yang datang ke sana menanam niat/hajat untuk mendapatkan jodoh.   Kami  diberikan  masa  selama  40 minit  untuk bergambar dan melawat gua  Phra  Nang Cave.  Kami tidak dibenarkan mandi.  Maka, kami berdua hanya bergambar dan langsung tidak pergi ke kawasan gua tersebut.  Di kepulauan ini tiada penempatan.  Hanya kilauan batu-batu dan pasir yang memutih serta dipukul ombak dengan air jernih yang kelihatan kehijauan.  Pulau yang kelihatan sangat indah dan cantik.  Tidak pernah jemu memandang kecantikan alam di sekitar kepulauan ini.  Persisiran pantai  dengan kilauan tanah yang memutih. Bersih, sangat bersih.   Apabila kami berada ditengah lautan, kami dapat melihat warna air yang berasingan antara warna kebiruan dan kehijauan, sangat menakjubkan.  SUBHANALLAH, Maha Besar Allah Yang Maha Mencipta, betapa cantiknya senario di pantai ini, tidak dapat diucapkan dengan kata-kata lagi. Kami bergambar sepuasnya.  Haa... pemandangan di belakang itu adalah gua Phra Nang Cave.

Memandangkan di kepulauan ini tidak ada penempatan, maka mereka  datang  membawa barangan seperti makanan dan minuman untuk dijual kepda pengunjung atau pelancong dari atas Long Tail Boat  sahaja.  

Selesai 40 minit, kami menaiki semula Long Tail Boat dan menuju ke CHICKEN ISLAND, TUB  ISLAND  dan  MOORE  ISLAND.

Semasa perjalanan didalam bot itu, kami dibawa melalui CHICKEN ISLAND.  Di sini, saya percaya tidak ada penempatan dan keadaannya hanya sebuah pulau bergunung yang  berbatu batu sahaja.  Oleh sebab itu, Chicken Island bukan tempat persinggahan.  Bagaimanapun, pemandu Long Tail Boat berhenti seketika di perairan laut berdekatan dengan Chicken Island kerana memberi peluang kepada kami untuk bergambar.  Sempatlah kami bergambar seperti ini.  Tengok gambar di bawah ni, perasan tak gunung@pulau  di belakang gambar kami tu.., rupa bentuk mukabuminya menyerupai seekor ayam., kan... Ha.. Itulah pulau yang digelar dengan nama Chicken Island.


Kami singgah di satu pulau, tapi saya tak pasti pulak namanya apa, kemungkinan  TUB ISLAND, kami singgah selama sejam untuk bergambar dan berjemur.  Cuaca agak panas lah juga.  Alhamdulilllah, sewaktu lawatan ni, cuaca sangat bagus, tidak hujan.  Di sini, kami masih tidak dibenarkan untuk mandi.  Lihat gambar dibawah ni, gambar yang menunjukkan kecantikan alam dan air  lautan di persisiran pantai kepulauan, Aonang, Krabi


Perjalanan seterusnya, kami akan pergi ke Poda  Island.  Semasa dalam perjalanan ke Poda Island, kami dibawa ke satu tempat dan kami dibenarkan turun bot untuk snorkeling.  Inilah buat pertama kalinya saya menggunakan peralatan snorkeling tu..  Saya rasa tak selesa menggunakannya.  Lalu saya mandi tanpa menggunakan peralatan tersebut.  Ada beberapa keping gambar yang dapat diambil.  Lihatlah, gambar di bawah ni, banyak ikan-ikan yang cantik warnanya, sangat jelas kelihatan sebab air di sini sangat jernih. Sangat cantik tempat ni..  Memang tak rugi lah ambil pakej melancong ke Aonang, Krabi, Thailand.


Setelah kami selesai bergembira di sini, kami diminta menaiki Long Tail Boat semula dan kami dibawa ke Poda Island. Pulau terakhir untuk singgah.   Disini kami makan tengahari.  Di pulau ini tidak ada kedai, yek... Joint Tour Guide Fareeda  dan  krewnya telah menyiapkan bekalan makanan untuk makan tengahari buat kami semua.


Beginilah, keindahan dan kecantikan senario di PODA ISLAND.  Pemandangan latar belakang gambar-gambar kami sangat cantik seolah-olah gambar kami seperti sekeping Post Card. 

Program lawatan ke pulau-pulau ini selesai pada jam 5:00 petang, yang mana pada waktu tersebut kami telah pun berada di hotel masing-masing.

Pada malamnya, seperti biasa kami berdua keluar mencari restoran untuk menikmati makanan yang sedap, tapi pada malam ini, pilih punya pilih, kami termasuk ke restoran yang langsung tak sedap masakannya. Minumannya pun, haduish...  Patutlah tak ramai orang yang datang makan ke restoran ni....😏😏😏

Selepas makan, kami cuma berjalan-jalan di Aonang Muslim Street sambil singgah di gerai-gerai menyemak harga makanan dan barangan jualan sahaja, dan juga tangkap gambar la.. Kami datang ke Aonang Krabi, Thailand hanya untuk melancong. Kami tidak menyediakan wang Baht yang lebih untuk membeli belah.  Kami berdua mempunyai hobi yang sama.  Kami hanya suka melihat keindahan dan kecantikan alam kepunyaan Allah yang kita tumpang dan menikmati keindahannya itu.   Selesai sudah cerita untuk hari Ketiga.  Esok adalah hari terakhir kami di Aonang, Krabi, Thailand.  Nanti saya cerita lagi, okay.   Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 5)