RAMADHAN bulan keampunan dan ganjaran yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh ALLAH kepada manusia, yang hadir hanya setahun sakali. Beruntunglah kepada mereka yang mengetahuinya dan menyedari kehadiran RAMADHAN. Selagi ada kesempatan, maka REBUTLAH PELUANG KEEMASAN ini, kerana kita bimbang kita tidak dapat BERSAMANYA di tahun hadapan. Kematian tidak menunggu tua, kematian tiba apabila waktunya tiba sepertimana perjanjian yang telah kita buat dengan Allah semasa di alam roh. Buatlah perubahan / penghijrahan dalam diri kita / keluarga kita / masyarakat kita kepada kehidupan islam yang lebih bernilai dan penuh keampunan. Jangan biarkan diri kita terus melalui kehidupan yang serupa sepertimana di hari semalam. Berusahalah untuk menuju kehidupan yang penuh keberkatan dan penuh keampunan daripada ALLAH.
Khamis, 18 Jun 2015
RAMADHAN
RAMADHAN bulan keampunan dan ganjaran yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh ALLAH kepada manusia, yang hadir hanya setahun sakali. Beruntunglah kepada mereka yang mengetahuinya dan menyedari kehadiran RAMADHAN. Selagi ada kesempatan, maka REBUTLAH PELUANG KEEMASAN ini, kerana kita bimbang kita tidak dapat BERSAMANYA di tahun hadapan. Kematian tidak menunggu tua, kematian tiba apabila waktunya tiba sepertimana perjanjian yang telah kita buat dengan Allah semasa di alam roh. Buatlah perubahan / penghijrahan dalam diri kita / keluarga kita / masyarakat kita kepada kehidupan islam yang lebih bernilai dan penuh keampunan. Jangan biarkan diri kita terus melalui kehidupan yang serupa sepertimana di hari semalam. Berusahalah untuk menuju kehidupan yang penuh keberkatan dan penuh keampunan daripada ALLAH.
Jumaat, 15 Mei 2015
Selamat Hari Guru
SELAMAT HARI GURU
(16-05-2015)
Pantun diberi pembuka kata
Selamat Hari Guru untuk semua
Benang diikat bersimpul mati
tidaklah dapat diguna lagi
ucapan ikhlas daripada isteri
Selamat Hari Guru untuk suami
Bersiar-siar di Bandar Melaka
singgah minum air kelapa
guru baik ramai yang suka
hari ini abang dapat hadiah apa?
Hisap rokok keluar asap
asap berada di ruang sekitar
suka ber FB dan whatsapp
bagamana abang hendak mengajar?
Pantun direka hanya seloka
seloka dialun teruna dara
jangan marah atau terasa
nak marah juga? Maafkan saya.
Ahad, 11 Januari 2015
Di saat aku memerlukan...
Selepas aku menunaikan Solat Witir didinihari sepertiga malam, aku telah menyambung semula tidurku di atas katil kesayanganku. Sambil berzikir, aku memikirkan sesuatu, dan akhirnya aku telah hanyut didalam tidurku.
Kemudiannya, aku, suami dan anak lelaki telah berada di sebuah rumah. Kami sampai sewaktu hujan. Selepas kami meletakkan barang/beg kami di bilik itu, kami pergi ke sebuah restoran yang berada di bangunan yang sama untuk mengisi perut kami yang kelaparan. Pada masa itu, aku sedang mengecas talipon pintarku di bilik itu. Makanya, aku telah meninggalkan talipon pintarku itu semasa aku ke restoran tersebut. Selepas habis makan, kami balik ke bilik, dan bersiap untuk "check-out".
Apabila kami turun untuk keluar dari rumah tersebut, hari masih hujan. Anehnya, aku lihat ada banyak kasut di rumah tersebut tetapi aku tidak jumpa kasutku. Tak tahu, kemana menghilangnya. Tiba-tiba suamiku bertanya,"dah jumpa kasut?". Aku menjawab "tidak ada" dan suamiku menyambung dengan kata-kata, "emmm..anjing dah bawa lari lah tu..". Suamiku minta kami cepat, dan kami bersegera pergi kepadanya lalu meninggalkan rumah tersebut.
Di pertengahan perjalanan, aku teringat talipon pintarku, dan apabila aku mencari carinya, aku amat pasti, talipon pintarku telah tertinggal di rumah itu Aku telah memberitahu suamiku, tetapi suamiku enggan berpatah balik. Lalu aku sendiri telah berlari-lari anak berpatah balik ke rumah itu.
Semasa aku melalui situasi ini, suasana keliling gelap. Aku hanya bertemankan beberapa lampu jalan yang malap. Aku berjalan kaki sendirian melalui beberapa lorong yang mempunyai beberapa ekor anjing dan menyebabkan aku terpaksa berjalan perlahan-lahan (selamba) kerana aku takut sekiranya dikejar oleh anjing-anjing tersebut. Sampai di penghujung lorong itu, aku bertemu dengan seorang perempuan. Aku memintanya supaya menunjukkan jalan ke rumah tersebut. Perempuan itu bersetuju membawa aku, lalu aku dibawa olehnya melalui satu lagi lorong yang kemudiannya, aku diminta tunggu di pintu pagar sementara perempuan itu masuk ke kawasan rumah itu untuk mengambil talipon pintarku. Aku menunggunya sangat lama, sehinggalah hari semakin cerah. Aku resah. Lalu aku pulang ke destinasi di mana suamiku dan anakku sepatutnya menunggu aku, tetapi amatlah hampa apabila dilihat mereka telah tiada. Sekali lagi, aku menjadi resah, hilang arah, dan tidak tahu bagaimana untuk balik.
Ke kanan salah, ke kiri pun salah, ke depan, ke belakang, semuanya membingungkan aku. Kemudiannya, aku terpandang beberapa orang perempuan di hadapanku. Mereka sedang menunggu bas. Aku bertanya, berapakah tambang yang diperlukan untuk pergi ke satu destinasi. Seorang daripadanya telah menjawab, dan aku meminta untuk meminjam wang daripada mereka, tetapi tidak seorang pun yang ingin meminjamkan wang mereka kepada ku. Aku benar benar kecewa. Di saat aku amat memerlukan, aku telah ditinggalkan suami dan anak, dan tidak ada sesiapa yang mahu membantu. Semuanya memikirkan diri sendiri sahaja. Aku berlari ke sana, ke mari, hilang arah, sehingga aku menjadi amat letih.
"Astaghfirullah hal azim, Astaghfirullah hal azim, Astaghfirullah hal azim", itulah ayat yang terkeluar daripada mulutku ketika mataku di buka, dan badanku keletihan.
Aku duduk seketika memikirkan cerita didalam MIMPI aku sebentar tadi. Lalu, aku bergegas bangun untuk Solat Subuh dan memohon keampunan daripada Allah ke atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini samada sedar atapun tanpa sedar. Sesungguhnya MIMPI ini memberi signal kepadaku agar aku memantapkan hubunganku dengan Allah. Betapa Allah telah menampakkan jika kamu tidak mempunyai simpanan / saham (amalan-amalan bekalan ke akhirat) maka sukarlah perjalanan kamu itu (melalui titian silaturrahim) di sana kelak.
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah berdosa kepadaMu. Ampunilah aku. Berkati dan redhoilah kehidupanku di dunia dan akhirat. Kukuhkah iman ku, ahli keluargaku dan zuriat keturunanku. Amin".
Ahad, 4 Januari 2015
Impiannya Menjadi Nyata
Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum.
Alhamdulillah, betapa apabila Allah menghendakinya, maka terjadilah apa yang dikehendakinya, dan terlaksanalah impian abahku yang ingin berada di Mekah seketika.
Setelah 14 tahun bapaku meninggal dunia, barulah terbuka pintu hati emak aku menerima lelaki ini sebagai suaminya yang ku panggil "abah". Kami sangat menghormatinya dan kami tidak pernah menganggapnya sebagai bapa tiri, malah perkataan TIRI itu sendiri tidak ada dalam dairi kehidupan kami. Kini, telah 23 tahun abah berada didalam keluarga kami. Syukur kepada Allah, kerana beliau boleh menjaga emak di waktu emak memerlukan teman untuk berbual-bual, dan membantunya di waktu emak sakit.
Pada tahun 2009, dengan rezeki yang disimpan sedikit demi sedikit, dengan izin Allah, emak telah dijemput oleh Allah S.W.T. untuk pergi menunaikan Ibadah Haji di Tanah Suci Mekah. Pada masa itu, emak pergi tanpa abah bersama kerana abah tidak mempunyai kecukupan wang simpanan. Emak hanya ditemani oleh jemaah-jemaah didalam kumpulan yang disediakan oleh Tabung Haji.
Kini, abah berusia 70an tahun. Abah sangat teringin untuk menjejakkan kakinya di Tanah Haram Mekah. Abah menyimpan impiannya. Alhamdulillah, rezeki tanpa diduga. Allah mengaturkan segalanya dengan molek. Di saat abah sangat ingin berada di Mekah, adikku yang bekerja sebagai seorang guru telah berhasrat untuk membawa keluarganya, kedua ibu bapa mertuanya, emakku dan abahku pergi menunaikan UMRAH & ZIARAH di Madinah dan Mekah. Betapa aku turut gembira apabila mendengar berita ini.
Maka, satu tarikh telah dipilih. Pada 11-12-2014, mereka bersiap untuk melaksanakan Umrah & Ziarah melalui agen yang dipilih iaitu Syarikat Andalusia Sdn Bhd. Berseri seri wajah emak dan abah ketika itu. Aku dan semua ahli keluarga turut gembira, dan sentiasa mendoakan mereka selamat pergi dan kembali.
Wajah emak dan abah yang berseri seri itu sangat menyenangkan hatiku.
Disamping menunaikan ibadah wajib, ketika mereka berada di Mekah dan Madinah, mereka sempat juga membeli pelbagai jenis jubah, selendang labuh, selendang panjang, tasbih, sejadah, kurma, air zam zam, dan kekacang sebagai buah tangan untuk kami.
Beginilah rupa wajah wajah girang diraut wajah mereka ketika mereka berada di Madinah dan Mekah, yang mana berpeluang untuk berdoa di Jabbal Rahmah, berdoa di belakang Makam Nabi Ibrahim, menjengah Hijr Aswad, dan yang paling istimewa, mereka beberapa kali berpeluang bersolat, berdiri dan berdoa di Raudhah dan di Makam Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W.
Mereka berjaya melaksanakan Umrah dan Ziarah dalam kedaan sihat. Pada 22-12-2014, mereka telah balik ke Malaysia dalam keadaan selamat dengan wajah yang sangat gembira bercampur letih.
Alhamdulillah yang amat sangat, terlaksana sudah impian abahku untuk berada seketika di Mekah selama ini.
Syukur kepadaMu ALLAH. Imipian abahku menjadi nyata.
Langgan:
Catatan (Atom)