Ahad, 15 September 2013

..Ibu Mertuaku..


"......kamu kahwin dengan suami orang, itu sebablah emak marah......", dengan nada suaranya yang lembut, masih terngiang-ngiang suara ibu mertuaku ditelinga ini, dapat didengar dengan jelas ketika kami sedang berpelukan penuh mesra dan erat semasa aku mengunjung ke rumahnya di Malim Nawar, Perak untuk berhariraya pada tahun ini.  Kata-kata emak mertuaku itu disambut dengan ketawa kecil oleh Kak Fida, Murni dan Azieda iaitu kakak ipar dan biras ku yang ada bersama pada masa itu. Kata-katanya itu membuatkan aku senyum sendirian sehingga kini kerana kata-kata emak mertuaku itu seolah-olah aku ini pula anak kandungnya.


Pada tahun 2005, ibu mertuaku sangat marah kepadaku kerana aku telah menerima lamaran dan bernikah dengan anak lelakinya yang telah pun berumahtangga. Sewaktu aku menaliponnya pada tahun 2005, aku disergah dengan kata-kata.."...kamu fikir kamu cantik sangat..", dan macam-macam lagi, aku sangat terkejut tetapi aku sedikit pun tidak berasa marah dengan kata-kata itu kerana aku tahu, itu adalah kata-kata yang terkeluar daripada seorang emak yang sedang beremosi marah. Semenjak itu, aku takut untuk menghubunginya. Namun, setelah tahun silih berganti, perkahwinan kami tidak mengganggu pihak-pihak yang terlibat,  jadual kehidupan suamiku tetap seperti dahulu, kasih sayangnya tidak melebih-lebihkan aku dan tidak pula mengurangkan pihak yang satu lagi, semuanya hidup teratur dan lancar, setelah 10 tahun perkahwinanku ini (2015), akhirnya api kemarahan ibu mertuaku yang membara, padam jua dengan sendirinya, dan aku telah beberapa kali mengunjunginya sejak beberapa tahun yang lalu.

bersantai di rumahku -Jan2015  
Kalaulah dahulunya aku seolah dipinggirkan, namun kini ibu mertuaku tidak lagi seperti itu.  Beliau menyambut kedatanganku dengan wajah yang penuh mesra dan gembira. Beliau juga telah membuka hatinya datang ke rumahku. Aku sangat gembira dengan kehadirannya.


Walaupun beliau hanya Ibu mertua, namun tarafnya samalah dengan seorang ibu kandung. Maka perlulah kita menjaga hati dan perasaannya sepertimana kita mengasihi ibu kandung sendiri.


Terimakasih emak kerana menerimaku seadanya. Alhamdulillah.

Jumaat, 3 Mei 2013

PRU 13, Undilah Barisan Nasional


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.

Kehangatan PRU 13 amat terasa. Demam mengundi telah bermula.  Pada 5 Mei 2013,  rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk menentukan siapakah yang akan mentadbir Malaysia selama tempoh lima tahun lagi. Saya berharap anda bijak memilih. Pilihlah dan pangkahlah Barisan Nasional yang memperjuangkan hak rakyat, kedudukan Islam, Melayu  dan  perpaduan bangsa di Malaysia.  Janganlah kita menjadi Melayu Yang Mudah Lupa. Perjuangkanlah Islam dan masa depan anak cucu kita, agar mereka tidak menjadi mangsa sepertimana kedudukan Melayu di Singapura, yang dianaktirikan oleh pemerintah yang terdiri daripada kaum bukan Islam.

Pilihlah Barisan Nasional yang telah banyak memperjuangkan nasib Islam, bangsa, dan negara.  Jadilah rakyat yang berterima kasih diatas perjuangan yang dilakukan oleh pemerintah yang terdahulu, yang terdiri daripada 3 gabungan suara iaitu UMNO sebagai wakil suara kaum Melayu, MCA sebagai wakil suara kaum Cina dan MIC, wakil suara bagi kaum India.

Dibawah ini terdapat video rakaman suara seorang daripada mantan ahli DAP (Pakatan Rakyat), anak emas Lim Guan Eng yang telah membuat pengakuan mengenai agenda dan strategi  DAP untuk menghapuskan Islam dan Melayu di Malaysia. Anda terutamanya  para guru harus mendengar dan melihat video ini, agar ia dapat disampaikan ke pengetahuan pelajar Islam, supaya terpelihara iman mereka, menyayangi Islam, bangsa dan negara. Fikir-fikirkanlah nasib anak cucu kita dan kedudukan Islam Malaysia di masa depan. Luangkanlah masa anda untuk menghayati pengakuan ini.



Ingatlah !!!., DAP adalah kumpulan yang berdendam, berjiwa komunis. Siapakah Chin Peng? Apa kaitan Chin Peng dengan DAP? Dengarkanlah petikan rakaman video ini sebaik-baiknya. Komunis, kumpulan yang memberontak dan menidakkan hak Melayu, yang menimbulkan kekecohan pada 13 Mei 1969. Anak-anak Melayu harus sedar. Melayu harus bersatu demi masa depan anak cucu, Islam, bangsa dan negara. Janganlah sampai keturunan kita (Islam) menjadi murtad, tanah kita tergadai, dan akhirnya kita menumpang di tanah sendiri, sepertimana kedudukan Melayu di Singapura. Jangan ulangi sebuah trajedi. Kita semua mesti memainkan peranan utama, mempertahankan hak Islam, Melayu dan perkukuhkan perpaduan bangsa  rakyat Malaysia. MARILAH KITA BERSATU DEMI ISLAM, BANGSA DAN NEGARA.

Hayatilah lirik lagu ini. Jika anda seorang patriotik yang sayangkan ugama Islam, bangsa dan negara, maka buatlah pilihan yang tepat, UNDILAH BARISAN NASIONAL demi menjamin kedudukan ummat Islam.

Warisan Anak Kecil 

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa diantara kita
Kita lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Akhir kata, anda adalah penentu kemakmuran dan kestabilan  Malaysia serta kehidupan anak cucu di masa hadapan. Pilihlah parti dan pemimpin dengan tepat yang layak dan mampu mentadbir Malaysia demi Islam, bangsa dan negara.  Selamat Mengundi pada 5.5.2013.  UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Isnin, 25 Mac 2013

Sang Saka Biru

Saya berbangga menjadi Anak Malaysia dan terima kasih kepada semua anggota tentera yang sentiasa berjuang untuk menjaga keamanan negara ini.  Hari ini, 25 Mac 2013 adalah sambutan untuk Hari Polis Diraja Malaysia, muga mereka akan sentiasa selamat berada dibawah perlindungan Allah S.W.T..

SANG SAKA BIRU

Berkibar Sang Saka Biru
Gagah Sentiasa
Pusaka Polis Diraja
Inilah Azimat Kita

Lakar Biru Warna Mulia
Lambang Setia kepada Negara
Obor Bakti Penggerak Jiwa
Nusa Bangsa Dijaga

Sang Saka Biru Bendera Kita
Berkibar Megah Setiap Masa
Bersatu Semua Aman Jaya Negara


Takziah kepada mereka yang telah gugur di medan perang khususnya Pencerobohan di Lahat Datu.


Nota: Terima kasih kepada peminat setia blog ini diatas setiap komen dan surat kiriman anda yang  memberi inspirasi membina, telah mengukuhkan & menambahkan lagi kasih sayang dalam perkahwinan dan keluarga saya.

Rabu, 20 Februari 2013

Februari Anniversary Ku


Saya minat berkarya untuk menulis cerpen dan puisi semenjak saya  berusia 16 tahun.  Saya didorong oleh seorang teman sebaya berrnama Norharizah.  Beliaulah teman yang membantu memasarkan setiap cerpen saya didalam suatu majalah remaja yang popular pada masa itu.

Kini, kita ada laman sesawang yang memberi ruang kepada seseorang untuk mengenali kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.  Oleh itu, saya berharap saya mendapat kebebasan sepenuhnya  untuk menulis dilaman sesawang ini.

Hari ini saya telah menyiapkan satu puisi, menghargai suatu masa yang silih berganti, tahun ke tahun, tambah ikatan kasih sebagai suami isteri, Setia Hingga Hujung Nyawa.

                                                                   20  FEBRUARI

                                                     20 Februari, tersematnya satu memori
20 Februari, bersatunya dua hati              
20 Februari, ijabkabulnya kita sebagai suami isteri
20 Februari, suami isteri memadu janji

"Setiap nafas dan degupan jantungku adalah dirimu"
"Bayu yang menyentuh tubuhmu akan kusedut sebagai nafasku"

itulah ungkapan romantis si suami kepada si isteri
berjanji untuk saling menyayangi dan menyintai
berjanji untuk saling memahami dan menjaga hati
berkasih sayang saling rindu merindui
sepanjang hayat hingga ke mati

20 FEBRUARI 2013, kini berulang lagi
untuk yang ke DELAPAN (8) ANNIVERSARY

20 Februari akan terus berulang lagi
dengan tahun yang bertukar ganti
muga berbahagialah kita sebagai suami isteri
semalam, hari ini, esok dan nanti
ke akhir hayat perkahwinan kita bersemi.