Dari masa ke semasa, kehidupan rakyat di Malaysia semakin lebih baik daripada sekitar tahun 1970an dan 1980an. Namun, entah kenapa masih ramai yang tidak berpuas hati. Lebih menghairankan, apabila generasi muda yang kini telah pun dapat merasai dan menikmati kemajuan negara Malaysia, kini bangkit dan benar-benar ingin menentang kerajaan. Mereka ini adalah golongan generasi yang tidak tahu untuk bersyukur.
Perhimpunan BERSIH yang diadakan pada 9.7.2011 bertujuan untuk menumbangkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, adalah satu cara yang tidak sepatutnya berlaku di Malaysia.
Menyatakan hasrat hati dan permintaan dengan membuat perhimpunan di jalanan sepertimana yang ditiru melalui perbuatan Red Shirt di Thailand,
Inilah rupanya tindakan RedShirt di Thailand |
bukanlah satu cara untuk menyelesaikan masalah / tuntutan, tetapi dengan jelas Kumpulan BERSIH menggunakan Teknik KOTOR untuk menumbangkan kerajaan yang selama ini mengamalkan sistem demokrasi yang memberi hak kepada semua individu / penduduk di Malaysia untuk memilih pucuk pimpinan mereka di dalam Pilihanraya yang diadakan dalam tempoh 4/5 tahun sekali.
Apabila kita bercakap mengenai keturunan, bangsa ataupun kaum, maka jika kita silap berbicara mengenainya, maka kita akan dikatakan mengeluarkan kata-kata yang berbaur perkauman.
Namun, saya ingin bertanya, S.Ambiga menganjurkan BERSIH, tetapi kenapa hanya kaum Melayu, dari golongan tua sehingga kanak-kanak yang tidak tau apa-apa sahaja yang bersesak-sesak di perhimpunan itu? Ke mana perginya kaum lain? India yang mewakili PKR dan cina yang mewakili DAP? Hampir 100% mereka yang berbangsa India, terutamanya Cina yang tinggal di Kuala Lumpur itu telah keluar dan melarikan diri dari Kuala Lumpur, dan menghindarkan diri mereka daripada menyertai BERSIH. Akhirnya, dengan jelas tanpa orang Melayu sedar bahawa orang Melayu telahpun diperlekehkan.
Mereka beriya-iya menyokong BERSIH anjuran Ambiga dan mereka terlupa sebentar tentang islam. Tahukah anda S.Ambiga itulah peguam yang mempertahankan Lina Joy dalam kes murtad?. Anwar menjadi dalang untuk menghancurkan Malaysia atas kepentingan peribadi, S.Ambiga ingin bertambah mashyur selepas berjaya menaikkan namanya dalam kes murtad Lina Joy, sekarang adakan BERSIH untuk huru-harakan penduduk yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, apakah peranan PAS dalam perkara ini?
Hidup kita penuh dengan sejarah. Kajilah sejarah dan jadikan teladan. Janganlah jadikan perbuatan kita di hari ini satu tragedi yang boleh membangkitkan kekacauan, huru-hara, dan hidup dalam keadaan darurat di negara sendiri yang telah pun merdeka selama 53 tahun. Bersyukurlah dengan kejayaan pemimpin kita yang terawal dahulu yang telah berjaya menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang hidup penuh dengan perpaduan dan saling hormat menghormati sesama kaum.