Khamis, 10 Mac 2022

simpan kenangan

Ditahun 1990an, adalah zaman aku mulai mempunyai anak, dan melalui tempoh alam perkahwinan  dengan ujian yang sukar. Diwaktu itu, aku hanya tinggal menumpang di rumah mertua. Tiada memiliki apa-apa harta. Tiada rumah sendiri. Tiada kenderaan sendiri. 

Namun, perubahan dari masa ke semasa, rezeki dan kedudukan kewangan aku bertambah elok. 

Pada sekitar tahun 1990an juga, kebanyakan orang ramai suka bersiar-siar mengikuti rombongan dengan menaiki bas sekolah atau bas persiaran.  

Aku juga ada pengalaman seperti itu.  Pada penghujung tahun 1996, aku dipelawa oleh Kak Lina  iaitu rakan sekerja aku ketika itu untuk menyertai rombongan melawat Kuala Lumpur. Dengan modal yang tak seberapa (aku tak ingat), aku bersetuju mengikutinya dengan membawa anak-anak aku yang ditemani oleh adik aku, Cikgu Wahida. 

Ada beberapa keping gambar yang dijumpai didalam album ni, kita simpan elok elok di sini buat kenangan sebelum ia rosak dimakan ulat kertas.