Khamis, 16 Jun 2016

Sabar tika diuji.....


....hilang ke mana?..sabar tika diuji..
------------------------------------------------

Suami semakin menjauh diri
kerna terpaksa kehendaknya diikuti
suamiku ke sini, dia menghalangi
bertemu aku jangan sekali kali

Mahunya dia berpisahlah kami
namun Allah lebih ketahui
tidakkah kau takut dosa menanti?
akibat pisahkan suami isteri?

Dalam sedih menanti suami
pulangnya tiada sehingga kini
dalam sedih menghitung hari
eh...jelma wajahnya didalam mimpi..!




Sabarlah tika diri diuji
gembira tetap Allah beri

Sedang bersiap berbuka puasa
selepas doa habis dibaca
anak menantu cucu nyanyi gembira
sambil berlagu kek dibawa



Aku panik buat seketika
lagu birthday untuk siapa?
"untuk ibu, untuk opah" jawab mereka
senyum bangga penuh gembira

walaupun sedih suami kejauhan
anak menantu cucu cukup menghiburkan
redho dengan segala ujian
hilanglah segala kesedihan

jangan takut hadapi ujian
Allah ada penunjuk jalan
insyaAllah akan lenyap kesedihan
pasti timbul satu kegembiraan

Janji Allah itu pasti
sabarlah pabila diuji.
ucapkan syukur, Alhamdulillah.