Rabu, 16 Mac 2022

simpan kenangan

Allah Penentu Segalanya. Aku hanya raikan watak yang diberikan untuk menghidupkan cerita itu. Aku tidak tahu bagaimana pengakhiran cerita perjalanan aku ini.

Kini aku ada banyak masa terluang. Aku ada banyak masa untuk berangan-angan. Aku ada banyak masa untuk mengenang-ngenang kisah lama. Jadi, dengan blog ini, aku ada banyak masa untuk  bercerita.  👩

Tetiba bunyi motor kuat di hadapan rumah. Aku menjengah ke luar rumah dan aku melihat sekumpulan pemuda bermotor dengan pakaian kelengkapan mereka dan salah seorang daripadanya bertanyakan kepada aku,  "Ra'i ada?".   Aku menganggukkan kepala dan terus masuk ke dalam rumah serta memanggil bapa saudaraku yang pada masa itu tinggal serumah dengan emak aku.  "ayahcik, kawan ayahcik datang tu.."  Kemudian, aku langsung buat tak tau je akan mereka.

Sejak ayahcik tinggal dengan emak, mereka ni selalu je datang bertandang ke rumah emak aku. Apabila tiba bulan puasa, mereka pergi ke surau dan berbuka puasa di sana.  Begitulah keadaan mereka sehingga rumah emak aku tu menjadi "port" mereka bertandang hampir setiap hari  kerana mereka tumpang menonton tv dan sebagainya. Manakala, hubungan aku dengan mereka pun mulai rapat.

Suatu hari... Tang tang tang... seram sikit..😄😄😄

Suatu hari, salah seorang daripada mereka ingin berjumpa dengan aku dan ingin menyatakan sesuatu. Jadi, pada malam itu, aku pun berjumpa dengannya.  Permulaan sembang tentulah salam perkenalan, kan.. Tanya itu dan ini.. Selepas tu, tau dak, apa ayatnya..??? "Ida aku suka kamu".   Haa... terkejut aku.  Aku memang admire terhadap sidia tu, tapi memandangkan  aku tengok sidia tu nampak sikit sombong, maka aku buat sombong lah juga.  Menurut kawan kawannya, dia tu anti perempuan sebab semasa tu sidia frust kerana ditinggalkan oleh girlfriendnya.  Haa..berbalik kepada  "Ida aku suka kamu", kome tau tak apa yang aku jawab?  Aku jual mahal lah.. Aku kata, bagi aku seminggu untuk fikirkan dulu.😄

Akhirnya, selepas seminggu aku pun terima dia dan kami berkahwin.  Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Selepas berkahwin, aku mendapati dia terlibat dengan gejala dadah. Perkahwinan yang diimpikan untuk hidup bersama sehingga ke umur tua ternyata hanya tinggal kenangan.  Dia tidak mampu menjaga aku serta anak anak dengan baik.  Maka, aku memilih untuk bercerai dengannya.  Aku menuntut fasakh. Setelah aku bercerai dengannya, aku berkahwin untuk kali kedua dengan seorang guru. Manakala dia... Allah izinkan dia berubah.  Dia sudah berubah sepenuhnya dan kini semakin sihat.  

Percaturan Allah itu cantik. Itulah rezeki anak-anak aku. Dahulunya mereka tidak merasai kasih sayang daripada bapa kandung mereka dan mereka hanya menumpang kasih daripada bapa tiri mereka sahaja walaupun bapa tiri mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab kekeluargaan sepenuhnya.  

Sekarang, aku telah bercerai dengan suami kedua pula kerana bekas suami kedua ini gagal menyatukan aku dengan isteri tuanya, dan dia sendiri akui tidak ada daya untuk baikinya (baiki keadaan hubungan kekeluargaan itu). Apabila bekas suami kedua menjauhkan diri daripada aku dan anak cucu aku, Allah  memberi anak-anakku peluang merasai kasih sayang daripada bapa kandung mereka pula.  Begitu cantiknya percaturan Allah untuk mereka, kan..

Aku terjumpa gambar gambar ni yang semakin rosak dimamah usia dan ulat kertas. Aku snap dengan smartphone. Aku simpan di sini sebagai kenangan. Rasanya, tak salah jikalau aku letak gambar ni, kan.. Tinggal kenangan dah punnnn..... 



Ni, bapa kandung mereka yang dah sihat dan gemuk.

Rezeki anak anak dan cucu dapat bersama merasai kasih sayang daripada bapa kandung mereka pula apabila mereka kehilangan bapa tiri mereka. 

Kepada bekas suami keduaku, janganlah cemburu ye.. ini semua cerita lama. 👩

Walaupun dahulunya bekas suamiku (suamiku yang kedua) pernah berkata, "berkahwin untuk meninggikan martabat Yang  dengan gelaran isteri", namun aku fikir biarlah aku begini, aku yang sekarang, sekurang-kurangnya aku tidak menyakiti hati sesiapa dan  hati aku juga tidak tersakiti.😉
 
Sekarang aku hanya ada aku. Aku bukan siapa siapa.. Aku hanya ikut cerita yang diberikan, dan aku tak tahu bila dan bagaimana pengakhirannya.  Semua yang aku ada hanya tinggal dalam kenangan. 👩👨