Rabu, 25 Mei 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part Akhir)


Hari ini adalah hari terakhir kami  berada di Sabah.  Sementara menunggu waktu petang untuk check in  Kota Kinabalu International Airport,  AJ telah membawa kami ke supermarket  bernama Imago KK. Di sini, kami berehat dan kami meronda didalam supermarket tu melihat barang-barang yang dijual.  

Sebenarnya, hari ini ada banyak kelapangan masa sebab kesemua tempat yang patut dilawati sepertimana yang disenaraikan didalam itinari percutian tu sudah pun dilaksanakan.  Kami melepak di Imago KK tu hampir 2 jam.  Duduk duduk saja...😄😄

Setelah kami letih, AJ datang dan membawa kami ke Tanjung Aru.   Disini kami membeli satu T-Shirt Muslimah buat kenangan, dan kami pakai sedondon sewaktu kami berada di KLIA2 dan  menaiki bas dari KLIA2 ke Ipoh.  Pada jam lebihkurang 5:45 petang, kami sudah berada di Kota Kinabalu International Airport.

Pemandangan dari Tanjung Aru melihat matahari tenggelam 


Bersama Tour Guide bernama AJ yang seusia umur anak aku jer..

Menunggu kapalterbang sampai untuk tiket jam 9:10 malam.


Kita tengok Sabah dan kita say "bye bye orang Sabah, kita balik dulu bahhh...."😄

Nanti kami datang lagi dan melawat Pulau Pulau Sabah pulak, wokey..😍

Kami sampai di KLIA2 lebihkurang jam 11:10 malam.  Sampai sahaja di KLIA2, kami mencari surau dan kami melepak di dalam surau sementara menunggu bas Yoyo Ekspres yang akan datang pada jam 7:30 pagi. Sementara nak menunggu ke pagi, kami tidur didalam surau tu.  Dalam surau tak ada orang lain melainkan kami sahaja.  Masyaallah... sejuk ya amat.. Selimutkan badan dalam telekung jer.. Apabila tiba waktu fardhu Subuh, kami solat dahulu, dan selepas itu kami keluar ke ruang menunggu bas.


Ha..ha...lawak kan.. Orang mesti tertanya tanya, siapa yang ambilkan foto kami ni..?
Uyah kreatif.. diletaknya camera fon diatas beg pakaian dan kami menggunakan timer lah..👩 

Ini di luar, iaitu tempat menunggu bas datang di pintu A2

Buat masa ini, pintu sempadan ke luar negara masih belum dibuka. Kerajaan telah mengumumkan bahawa pintu sempadan hanya dibuka pada 1/4/2022.  Oleh itu, di KLIA2 masih sunyi. Masih kurang orang. Jadi...Apa yang kami buat..??? Inilah peluang nak jadi kanak-kanak riang...😄😄😄



Apa nak dikatakan.. Dulu waktu kecik kecik, kami tak berpeluang ke sini.. Sekarang kita buat lah..., apa ada kisah.. Sementara  Allah pinjamkan sihat, kita hargai dan nikmati sihat itu, kann... 😄😄😄

Sementara bas belum berjalan lagi, sempat le bergambo...


Sampai di Ipoh lebihkurang jam 11:00 pagi.  Kami singgah di rumah Noni dan kami makan tengahari di sini.  Aku balik ke rumah dihantar oleh Uyah, yang mana dia meletakkan keretanya di rumah Noni semasa hendak pergi ke Sabah.

Tamat sudah cerita kami bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang untuk 4 hari 3 malam pada 26/03/2022 hingga 29/03/2022. Kos yang diperlukan adalah berpatutan.

Package melawat Kota Kinabalu dan Kundasang, termasuk tempat tinggal dan makan adalah RM1500.00.  Ditambah pula dengan kos luggage masukkan beg pakaian dalam kargo sebanyak RM94.00.  Naik bas Yoyo pergi dan balik (Ipoh-KLIA2 dan KLIA2-Ipoh) sebanyak  RM85.00.  Kos aku bermain parasailing (pragliding) adalah RM110.00 untuk 3 kali terbang.  Jimat banyak dowhh... Sebab kos untuk satu kali terbang adalah RM70.00, tapi kerana aku tidak berpuas hati disebabkan mereka tidak mengambil video semasa aku terbang buat pertama kalinya, maka aku minta terbang sekali lagi dan aku hanya dicaj separuh harga.  Lebih beruntung lagi kerana aku dapat peluang terbang kali ketiga.  Ini disebabkan aku menemani Noni yang takut terbang seorang diri. Aku terbang kali ke tiga ni free jer beb... Kos shopping dan kos makan  (brunch semasa sampai di Sabah) hanya RM390.00.  Oleh itu, jumlah keseluruhan wang yang aku gunakan semasa percutian ini hanyalah  RM2,179.00.

Wahhh... Nampakknya, selepas ini boleh merancang bercuti ke Semporna dan Pulau Mabul, Sabah pulak... Well... Sampai kita berjumpa lagi, Sabah👩👩😍