Ahad, 31 Januari 2010

...begitulah kehendakNYA...


Dingin malam ini, jam 1:00 pagi (09.01.2010) sewaktu aku sedang nyenyak tidur, aku dikejutkan dengan deringan talipon panggilan daripada emak aku. Apabila menerima panggilan diwaktu yang sebegini, hatiku berdebar-debar, sudah pastilah aku akan dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.

Benar sepertimana sangkaan ku, aku dikhabarkan dengan kematian emak saudaraku yang ku panggil dengan panggilan Kak Ni (Yusnida Bt Amat) yang mengalami kemalangan di Jalan Gopeng, Ipoh, Perak. Keesokannya aku pergi ke silibin di rumah emaknya (opah awa) untuk melihatnya buat kali terakhir. Aku sedikit pun tidak menitis air mata kecuali aku hanya mengungkapkan kalimah "Astaghfirullah..." dan "Innalillah...".

Jam 2:00PM, selepas solat zohor, kami berada di tanah perkuburan dan setelah selesai melaksanakan fardhu kifayah, hatiku amat hiba, hatiku benar-benar sedih dan mengalir air mata tanpa dapat diselindungi lagi, didalam hatiku berkata "pergilah dengan tenang, satu ketika nanti aku juga akan ke rahmatullah berjumpa Allah", begitulah aku terlalu sedih kerana aku bimbang apakah persediaan ku ini telah cukup untuk bertemu denganNYA? Itulah persolan yang menimbulkan kesedihan yang amat sangat di hatiku ini.

Buat kali terakhir aku bertemu Kak Ni dalam keadaan sihat semasa di Majlis Doa Selamat untuk emak aku pergi ke mekah kerana melakukan ibadah Haji, tetiba sahaja Allah menjemputnya hanya dengan sedikit kecederaan di kepala akibat kemalangan motosikal yang dinaikinya.

Begitulah, Allah telah menetapkan segalanya, dalam sekelip mata Allah telah menjemputnya ke rahmatullah, dalam suasana yang begitu sihat tetiba sahaja beliau mengalami kemalangan jalanraya dan terus "meninggalkan" keluarga di dunia ini.

Begitulah apabila Allah berjanji, tidak sedikit pun dilewatkan dan tidak sedikit pun dipercepatkan. Muga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang solehah. Amin.