Jumaat, 24 Februari 2012

..cinta ALLAH juga yang kekal..


Ingin menjadi yang terbaik dan ingin menjadi pencinta luar biasa.

Manusia mengejar cinta. Cinta apa?  Cinta  Ilahikah  atau cinta sesama manusia?  Pada awal tahun 2005, aku pernah ditanya, berapakah peratusan cintaku kepadanya?  Lalu aku menjawab, "50-50".  Wajahnya agak muram sikit, maka aku naikkan sedikit peratusannya menjadi  70-30.  Masih tidak berpuas hati, lalu aku menjawab, "seratus peratus itu tidak mungkin berlaku sebab didalam peratusan itu, ada milik Allah, cintaku untuknya".  Maka dia berdiam, tapi nampak sedikit kegembiraan di wajahnya.

Cinta  sesama  manusia itu bukanlah abadi.  Namun ucapan "cinta abadi" itu sering diucap-ucapkan dan memberi kelalaian kepada manusia yang mendengarnya yang sentiasa mengharapkan semua janji-janji itu benar tetapi mereka terlupa bahawa manusia itu hanya sementara sahaja di bumi ini.

Kepada siapa hendak dipersalahkan??? Melainkan kesedaran, keinsafan, dan mengaku bahawa diri ini hanyalah melaksanakan satu proses perjanjian kepada satu pinjaman, maka barulah kita semakin faham bahawa CINTA ALLAH  ITULAH YANG KEKAL. Cinta Allah terhadap hambanya tidak pernah berbelah bahagi.  Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang sentiasa memberikan kasih sayangnya kepada setiap hambanya dengan seadil-adilnya.