Rabu, 27 April 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 7)

Selesai sudah berspa dengan ikan bersaiz besar besar.  Maka, kami dibawa ke destinasi yang 9 iaitu  ke SABAH TEA.  Keadaan di sini lebihkurang sama jer dengan teh Cameron Highland cuma ada beza sedikit iaitu di Sabah Tea ini banyak terdapat binatang yang aku panggil dengan nama Riang-Riang.  Bunyinye bising jer.. Sewaktu kami sedang bergambar, kami rasa kami dititis air yang kami sangkakan hujan gerimis.  Tapi anda tahu tak air apa sebenarnya tuu...  Masyaalllah, kami diberitahu oleh AJ bahwa itu adalah air kencing riang-riang.. Alamak...!!!😖😂




Sabah Tea

Kemudian, kami dibawa ke KINABALU PARK WORLD HERITAGE SITE.  Seelok sahaja kami sampai disini, hujan pun turun.  



Sebenarnya, badan kami ni dah letih berjalan seharian. Jadi, selepas melawat Kinabalu Park ni, kami minta AJ hantar kami check in  hotel.  Oleh itu, kami dibawa ke Grandis Hotel & Resort, Kota Kinabalu.  Kami akan bermalam di sini selama 2 malam.  Di sini kami beruntung lagi.  Sepatutnya kami diberikan bilik famili tetapi memandangkan bilik famili itu belum siapsedia, kami diberikan 2 bilik iaitu bilik nombor 208 dan 209.  Walaupun bilik ini 2 unit, namun diruang pemisah dinding ada pintu pembahagi dinding yang boleh dibuka.  Oleh itu, kami telah membuka pintu pemisah dinding itu dan menjadikan 2 bilik itu satu.   Wahhh..haa... akhirnya kami miliki 2 bilik mandi, dan 2 unit barang keperluan. 😄 Setelah berehat, mandi, solat dan sebagainya, kami bersiap mahu pergi makan malam. AJ telah membawa kami telah dibawa ke PASAR MALAM IKAN TODAK.


Nama makanan ini Latok yang terdiri daripada rumpai laut dan sos berlada@cili. 
Ini kali pertama aku memakannya. Sedap juga. Batangnya rasa macam ikan bilis jer..


Cepat cepat makan. Nak tidur awal sebab esok nak pergi mandi laut.😊