Selasa, 11 April 2017

Jangan ganggu tidurku..!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Syukur ke hadrat Ilahi, dipanjangkan usia dan diberi rahmat kepada ku, dan  mampu untuk menulis pagi ini.

Dunia yang semakin maju, kini, penghuninya sudah tidak tahu membezakan waktu siang atau pun malam.  Sedang orang enak dibuai mimpi, waktu dinihari, jam 12:32 hening pagi, deringan talipon mengganggu mimpi. Apabila dijawab, dia meletakkan gagang.  Baru kita nak terlena semula, bunyi teks mesej masuk.  Isy..!!! Tak ada akal betul...!!!  Aku fikir ada hal penting, tapi setakat nak tanya kepada aku perkara remeh yang ada dalam gambar di bawah ni sahaja, esok siang pun boleh tanya kan.... 

Sejak akhir akhir ni, kerap juga aku diganggu dengan nombor talipon yang aku tidak kenali, seperti gambar yang di sebelah ni...

Kalau nak berkenalan, sapalah dengan baik, di waktu yang sesuai, janganlah diwaktu aku enak tidur..  Ini tegur aku TANPA NAMA, apabila ditanya, "siapa ni?", dia tak menjawab. Hooiii...aku ni jenis tak berkisah, tak peduli, tak heran dan tak kecoh dengan gangguan-ganguan talipon seperti itu.  Tak tau lah apa matlamat pengganggu seperti itu, tapi yang pasti, gangguan seperti itu, kalau hasratnya untuk menyakiti hati aku dan membuat aku berbalah dengan suamiku, engkau silap lah... kerana gangguan seperti itu, akan mengeratkan lagi hubungan aku dengan suamiku saja. Carilah idea lain untuk menyakiti hati aku ni...
Lagi pun, aku ni seorang yang paling mudah.  Kalaulah suamiku ditakdir menambah cawangan, alhamdulillah, maksudnya suamiku berjaya menjalankan tanggungjawabnya, dan Allah izinkan dia untuk tambah pahala. Kalau suamiku tambah cawangan, kehidupanku tetap seperti biasa saja, tidak lebih dan tidak kurang. Cuma, aku kasihan kepada suamiku, sebab aku dan suamiku sahaja yang tahu tahap kemampuan suamiku itu, dan aku tahu suamiku tidak mampu berbuat begitu. Ada dua keluarga pun suamiku dah tak larat nak membahagikan masanya, apatah lagi nak bersoal jawab pulak dengan si tua, kalau tambah satu cawangan lagi, usia pulak dah bertambah, kudratnya pula sudah semakin kurang, dah tak larat dah lahh.., nanti dapat dosa pulak, kann..abangg...

Usia aku pun bukanlah muda lagi, dah separuh abad dah punnn.... Tidak ada apa nak direbutkan di sini (dunia ini).  Aku nak kejar kehidupan akhirat je sekarang ni. Kehidupan dunia sementara ajer... Bahagia kehidupan di dunia bukan untuk selamanya, tapi bahagia di akhirat itu lebih utama, menjadi titian jalan ke syurga. Sekarang ni aku cuma berusaha untuk simpan tabung akhirat jalan ke syurga bersama suami, dan anak-anak sekeluarga. Bahagia bersama suamiku di akhirat itu lebih penting, bukan nak bahagia di dunia ini ajer...  Betul tak..? Maksudnya, aku sedikitpun tidak rasa terjejas andaikata suamiku ini ditakdir menambah cawangan, yang penting, suamiku happy, aku pula redho. InsyaAllah, andai begitu ujiannya, muga Allah perkuatkan perasaanku menghadapinya kelak.

Kepada yang hendak berkenalan, sekali lagi aku nak ingatkan, kalau nak talipon, nak bermesej mesej, nak berwhatsapp-whatsapp, pilihlah waktu yang betul, yek.. jangan ganggu waktu tidurku, ya..

Salam hormat, assalamualaikum.