Sabtu, 5 April 2014

DIARIKU


Blog ini aku gunakan umpama DIARI / BUKU CATATAN buatku dan bukan niatku untuk menghebahkan ceritaku kepada satu dunia sepertimana yang dikatakan oleh sipolan ini.  Blog aku tiada 'follower'. Maka, tidak ada orang lain yang membacanya melainkan anak-anakku sahaja yang mengetahui tentang blog ini. Aku hanya ingin meluahkan sedikit rasa gembira dan resah di hati, dan aku menggunakan blog ini kerana ceritanya boleh disimpan sampai bila-bila. Sekurang-kurangnya setelah aku mati kelak, cerita dalam blog ini masih boleh menjadi tatapan buat orang yang aku tinggalkan dan yang disayang, anak-anak dan cucuku. Mereka adalah orang yang paling dekat dengan aku.  Mereka adalah orang yang paling memahami aku  dan mereka suka dengan coretan-coretan blog ini. 

Namun, ada pihak yang 'skodeng' blog ini.  Aku tak kisah kalau dia sering membaca blog ini, tetapi malangnya, apabila dia tak suka dengan catatan aku, dia akan serang suamiku, dan suamiku pulak menyerang aku, padahal blog ini bukan untuk tatapan mereka, kenapa mereka nak menyebok 'skodeng' blog aku...!!!  Blog aku ni tidak menceritakan kisah kamu pun melainkan semua kisah-kisah kehidupan aku. Maka, tolonglah wahai sipolan, janganlah buka dan baca blog saya lagi, kerana perbuatan kamu menyebabkan kami suami isteri bergaduh antara satu sama lain. Bukankah memecah belah itu kerja-kerja syaitan?

Tahun lepas 2013, aku dan Puan Siti pergi kursus di Mesjid An-Nur untuk belajar bab-bab menunaikan haji. Maklumlah, sewaktu dibangku sekolah dulu, aku tidak bersunguh-sungguh belajar bab haji ni, ha.. apabila dah tua, kenalah pergi belajar lagi supaya senang untuk melaksanakannya suatu hari nanti.  Emak aku pernah berkata, "belajarlah bab haji dari sekarang, supaya senang nanti, bukan senang nak faham, kalau belajar selalu / setiap tahun pun tak apa, ianya boleh  memahirkan kita dan mudahkan kita semasa nak melaksanakannya di Mekah nanti".  Aku berfikir bahawa betul juga saranan emak aku itu. Maka aku berniat nak belajar bab haji ni pada setiap tahun, tapi di tahun ini, aku dah ketinggalan apabila anak aku selalu jatuh sakit. Namun syukurlah, setelah berusaha berubat di serata tempat dari utara hingga ke selatan, berkirim doa hingga ke Mekah melalui rakan-rakan dan saudara mara, berkat sabar, akhirnya Allah mengizinkan dan kini anak aku sudah sihat.
...akak pergi dulu, nanti saya ikut, Insyaallah..

Pada awal tahun ini, kawan aku itu yang juga merupakan jiranku mengajak aku untuk mengerjakan UMRAH tetapi mungkin belum masanya.  Wang simpanan aku masih tidak mencukupi.  Pilihan utama aku adalah untuk mengerjakan HAJI dan bukan UMRAH.  Pada masa kini, UMRAH bagaikan satu trend, sedangkan menunaikan HAJI adalah Rukun Islam Kelima yang perlu dilengkapkan apabila ada kecukupan dan kemampuan. Selama aku belajar dan mencari ilmu tentang bab haji, aku difahamkan bahawa sekiranya kamu telah mengerjakan Umrah, maka kamu telah "berhutang" untuk menunaikan Haji, yang mana ibadah Haji telah menjadi wajib ditunaikan keatas kamu.  Oleh itu, aku tahu bahawa aku belum ada kemampuan dan kecukupan kewangan, maka aku hanya berusaha untuk mengumpul wang bagi mengerjakan HAJI DAN UMRAH sahaja. InsyaAllah, akan terlaksana jua nanti.  

Kawanku Puan Siti sangat mengharap agar aku dapat pergi bersama dengannya mengerjakan Umrah tetapi apalah daya, aku masih belum ada kecukupan. Namun aku menasihatinya supaya dia pergi dulu sebab usianya sudah menjangkau 60an, bimbang jikalau tiba-tiba dia jatuh sakit nanti, seandainya dia tidak pergi pada masa ini, bila lagi? Maka, pada 1 April, 2014, beliau telah pergi ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah selama 2 minggu.  Beliau sangat teruja dan beliau telah selamat berada di sana, dan tentu amat gembira kerana hasratnya kini terlaksana setelah beberapa kali tertangguh.

Aku hanya mengirimkan doa dan  mendoakannya muga beliau selamat pergi dan kembali ke tanah air semula dalam keadaan sihat sejahtera.  InsyaAllah muga aku jua akan sampai ke tanah suci Mekah satu ketika nanti. Amin.  Pada 10 April, 2014, alhamdulillah, beliau telah selamat balik ke Malaysia.
   

Ahad, 30 Mac 2014

Cuti-cuti sana sini


Hajat hati  ingin bercuti  ke Pulau Langkawi 3 hari 2 malam bersama keluarga tetapi lain pulak jadinya. Aku kecewa dengan keputusan suamiku yang tidak jadi dengan program yang telah diatur sejak dua bulan dulu, kami tidak jadi pergi ke destinasi tersebut, entah kenapa. Kami hanya berada di sini. Sedang aku sebok memikirkan, tiba tiba aku sakit, sesak nafas di dadaku, mujurlah anak ku berada bersama ku pada masa itu, maka anakku telah membawa aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan, dan perlahan-lahan badanku beransur pulih.

Jambatan P.Pinang Kedua
Jom..berbeli belah
menyorok sekejap, he he..
Oleh kerana suamiku gagal untuk berterus terang dan menyatakan yang benar kepada isterinya yang pertama walaupun 9 tahun pernikahan diantara kami telah berlalu, maka aku terpaksalah menerima apa sahaja yang ditetapkan oleh suamiku. Pada tahun 2005, setiap hujung minggu, jumaat sehingga ahad jiran-jiranku dapat melihat suamiku berada di rumah ku, tetapi kini suamiku jarang-jarang balik dan mereka sukar untuk melihat atau nampak kelibat suamiku di rumah ini lagi, sehingga ada yang tertanya-tanya "adakah aku sudah menjadi ibu tunggal semula?" sebab mereka selalu melihat aku sering ditemani oleh anak-anakku sahaja pada masa ini.  Ha..nak jawab apa? Jawablah wahai suamiku.

Anak-anakku pun dah mula merungut kerana abi mereka kurang balik dan jika balik pun hanya untuk beberapa jam sahaja. Mereka rindu untuk bersama  dan  bermalam dengan abi  mereka sepertimana tahun 2005 dulu tetapi mereka tidak bercakap secara terus kepada abi mereka sebab mereka sayang dan masih menghormati abinya.  Mereka berkata "sudah 9 tahun abi kawin dengan ibu, abi patut bagitau kepada "ummi" dan "ummi" patut menerima apa yang dah berlaku, ibu tak kacau abi semasa abi di rumah sana (TT Gantung), abi tetap layan "ummi" seperti biasa, ibu tak macam orang Indon yang kawin laki orang tu, langsung suaminya tak balik ke rumah isteri tuanya", itulah rungutan mereka.

Apabila cucu aku, Nur Iman Qaisara balik ke UK, dia pun bertanya jugak "atuk ngan ashu Nai mana? Aku jawab "atuk ngan ashu Nai ada di TT Gantung", ha.. amekaw, Iman kata " Iman pun nak gi T Ngantung", sambungnya lagi, "nak makan ngan atuk, ngan ashu Nai".  Huh..jenuh jugak aku nak menjawab soalannya. Nasib baik aku tidak ada anak yang berbinkan atau berbintikan atuknya, kalau tidak, susahlah aku nak menjawab semua soalan-soalan budak kecil macam Iman ni.
"..Iman nak ikut atuk ngan opah."

Lagipun, perinsipku selama ini adalah kesemua manusia yang ada di sekelilingku, samada ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, cucuku dan saudara maraku, mereka hanyalah satu amanah yang DIPINJAMKAN kepada ku selagi ianya masih diizin ALLAH, dan apabila tiba masanya, jiwa-jiwa yang disatukan ini akan berpisah jua. Namun kelemahanku sebagai manusia biasa, kekadang aku merintih jua apabila suamiku  tidak balik ke rumah dan jarang berada disisi ku tetapi aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa suamiku hanyalah PINJAMAN untukku. Aku juga sering mengingatkan anak-anakku bahawa apa yang ada pada kita hari ini semuanya PINJAMAN semata-mata, maka kamu tidak perlu ada rasa tamak atau sombong untuk memilikinya kerana satu ketika nanti, akan tiba masanya ALLAH tetap ambil kembali HAKNYA. Cinta sepenuhnya kepada ALLAH  lebih indah kerana DIA lebih tahu diri kita dan akan sentiasa berada dengan kita tatkala kita senang, susah, gembira, sedih, kesunyian, dan  pada bila-bila masa pun ALLAH sentiasa bersama kita, asalkan kita tidak melupakanNYA. Oleh sebab itulah, aku tidak memikirkan dan tidak pernah pula ingin berebut suami, malahan jiwaku sentiasa tenang walaupun suamiku jarang balik, atau balik sekejap-sekejap, kerana adanya kerendahan hati dan keredhaan  diatas ketentuanNYA, dan aku sentiasa percaya ALLAH sedang memberi ganjaran yang baik buatku.


Beliau seorang suami yang baik.  Beliau mencuba untuk menjadi suami yang terbaik kepada kedua-dua keluarganya tetapi  oleh  kerana Pihak Yang Satu lagi tidak mahu menerima hakikat atas apa yang berlaku didalam keluarga ini, maka beginilah jadinya, akhirnya suamiku tidak boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan dan jadilah ia sepertimana cerita dalam filem Allahyarham P.Ramlee "Madu Tiga", berbohong sana sini. Kasihan dia.

Namun sebagai isterinya, dan atas tuntutan Islam, sesungguhnya berdosalah aku sekiranya aku tidak menasihati suamiku supaya berlaku adil terhadap kedua-dua keluarganya, dan  sesungguhnya aku sudah pun menjalankan tugasku menasihatinya, muga terselamatlah aku daripada dosa-dosa atas kelalaian suamiku itu setelah aku menyampaikan peringatan itu kepadanya, dan aku percaya suamiku adalah suami yang terbaik untuk isteri-isteri dan anak-anaknya. Muga suamiku sukses. 

"Ya Allah dan Wahai jiwa yang tenang, sesungguhnya dengan menerima hakikat dan redha itu lebih baik daripada menafikan hak dan menolak ketentuanMu, maka jadikanlah kami ini  isteri-isterinya yang sabar, yang dapat menggembirakan hatinya, dan jauhkan kami dari sifat iri hati dan hasad dengki. Ya Allah, Engkau permudahkanlah kepada suamiku untuk mentadbir kedua-dua keluarganya dengan penuh kasih sayang, agar terselamatlah  kami daripada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, Amin".