Rabu, 8 Jun 2011

...tenQ B0ss..

Oleh kerana kesempitan wang, maka ketika aku sedang berpantang melahirkan anak keduaku, pada hari ke enambelas, aku telah keluar mencari kerja. Allah telah menjanjikan rezeki untuk setiap anak yang dilahirkan. Pada May 1991, Aku telah diterima bekerja sebagai seorang kerani disebuah firma guaman dengan gaji bulanan sebanyak RM250.00 sebulan. Ketika itu, aku hanyalah seorang pencari fail.

Namun, pada 1994, aku telah dijadikan kerani yang mentadbir bahagian sibil untuk kerja-kerja yang melibatkan kes-kes di mahkamah.

Pada 1995, majikanku ketika itu Dato CKY telah meilbatkan diri didalam arena politik, yang kini telahpun menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat bagi kebajikan kaum cina dalam kabinet Negeri Perak.

pejabat ku kini
Oleh itu, firmanya telah diserahkan kepada Boss aku pada masa ini iaitu Madam Liew. Apabila firma itu diterajui oleh Boss aku yang baru ini, banyak perubahan yang dilakukan ke atas firma ini. Diantaranya, kadar gajiku yang ketika itu berjumlah RM650.00 sebulan telah dinaikan menjadi sebanyak RM1,000.00. Kami mendapat bonus pada setiap tahun (mengikut kadar jumlah yang sesuai) dan kenaikan gaji pada setiap 2 tahun mengikut keadaan dan kadar jumlah yang bersesuaian.

Firma kami kian maju. Pendapatan firma Boss aku juga meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun wajah Boss aku tu nampak garang, namun dia adalah seorang Boss yang perihatin terhadap kebajikan pekerjanya. Boss aku juga akan rasa puas hati dan gembira apabila dapat menggembirakan hati pekerjanya.

Pada  TAHUN 1997, Boss aku telah SPONSOR TRIP untuk aku dan kawan-kawan sepejabatku bagi menikmati keindahan dan kesejukan puncak GENTING HIGHLAND. Kami telah tinggal di Amber Court Hotel selama 3 hari 2 malam. Semua perbelanjaan perjalanan, hotel dan wang untuk membeli makanan dibiayai sepenuhnya oleh Boss. Didalam perjalanan pulang ke Ipoh, kami sempat singgah membeli belah di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Pada sekitar tahun 1998 - 2001, Malaysia mengalami kagawatan ekonomi. Firma kami juga turut merasai kesannya. Perjalanan business agak lembab sedikit.

Namun apabila ekonomi negara telah pulih, pada DISEMBER 2006, Boss aku sekali lagi telah SPONSOR TRIP untuk pekerjanya termasuklah aku pergi melawat SINGAPORE. Namun aku tidak mempunyai pasport untuk keluar negara. Maka, Boss aku dengan murah hatinya telah membiayai sepenuhnya wang sebanyak RM300.00 untuk menyediakan pasport aku. Boss aku telah memilih destinasi Singapore dengan menaiki kapal iaitu The STAR CRUISE melalui agen pelancongan iaitu Ipoh Overland Travel Agency dengan pekej yang disediakan (hotel, tempat lawatan & persediaan makanan). Buat pertama kalinya aku menaiki kapal yang begitu besar, tinggi dan cantik dari Pelabuhan Kelang menuju ke Singapore. Aku amat kagum dapat menaikinya. Maka, terbayanglah aku akan filem Titanic.

Kami telah menghabiskan masa selama 1 hari 1 malam berada di dalam kapal Star Cruise dengan menikmati makanan yang enak-enak dan halal, bergambar untuk kenangan, dan menonton sinema yang disediakan didalam Star Cruise tersebut. Untuk makluman pembaca, nilai wang untuk membeli sesuatu diatas kapal (Star Cruise) itu perlu menggunakan nilai Dollar AS. Namun, kami beruntung kerana segala perbelanjaan adalah dimasukkan dalam pekej pelancongan yang dipilih oleh Boss aku itu.

Keesokan harinya, kami sampai di pelabuhan Singapore. Kami turun dari kapal Star Cruise dan menaiki bas pergi ke Sentosa Island. Kami dibawa melawat ke Merlion, menonton Song of the Sea, dan beberapa pertunjukan pentas termasuklah filem 4D di Sentosa Island. Kami juga dibawa ke Jurong Bird Park. Setelah habis melawat, kami dibawa pulang ke Malaysia dengan menaiki bas.

Boss aku masih berhajat untuk memberi kami untuk menikmati keindahan luar negara. Pada kali ini, Boss aku telah memilih BANGKOK, THAILAND sebagai destinasi seterusnya untuk dilawat. Pada awalnya, aku berat hati untuk menerima pelawaan SPONSOR TRIP oleh Boss aku tu sebab pada masa itu, Bangkok sibuk dengan cerita-cerita dan masalah Red Shirt, serta meletup di sana sini.

Bagaimanapun, akhirnya pada  15  MAC 2010, kami telah menaiki kapalterbang Lufthansa menuju ke destinasi kami iaitu Bangkok, dengan pekej yang disediakan (hotel, tempat lawatan & persediaan makanan), juga melalui agen pelancongan yang sama iaitu Ipoh Overland Travel Agency. Di Bangkok, kami telah dibawa melawat pelbagai jenis tokong-tokong Buddha Thai, kami juga menaiki bot melawat persisiran sungai Chao Praya. Kemudiannya kami dibawa ke Sri Racha Tiger Zoo untuk melihat persembahan Tiger Show. Perjalanan kami diteruskan ke Floating Market iaitu tempat dimana penjual yang menjual makanan, sayuran dan sbgnya mejual melalui jalan air sungai dengan menaiki sampan. ..


Selanjutnya, kami dibawa menonton persembahan nyanyian dan tarian oleh sekumpulan pondan / AQua. Huh...! Memang memeranjatkan apabila aku melihat wajah mereka yang benar-benar mirip wanita, tetapi mujurlah suara mereka masih tetap "garau jantan", jika tidak, sudah pasti ramailah lelaki Malaysia yang tertipu dengan kecantikan wajah AQua-aqua tersebut.

Keesokannya kami dibawa menaiki bot untuk pergi ke Pattaya Island. Disana kami hanya melawat-lawat gerai jualan pelbagai jenis barang. Harga baju, seluar dan sebagainya adalah lebih kurang sama dengan nilai jual beli di Malaysia sahaja. Jadi, kami tidak berminat untuk membeli di sini. Seterusnya, kami dibawa melawat kilang memproses madu. Di sini, kami diberi taklimat mengenai kesihatan yang berasaskan madu. Kami juga didedahkan cara-cara untuk mengenali madu asli. Perjalanan kami diteruskan untuk melawat pelbagai jenis binatang liar di Safari World. Pada malamnya pula, kami dibawa ke pasar malam yang popular iaitu Suan Lum Bazaar. Di sini, dengan sedikit wang yang dibekalkan oleh Boss aku, maka bolehlah aku membeli beberapa barang sebagai kenangan untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti.

Di sepanjang perjalanan kami diantara satu destinasi ke destinasi yang lain, kami terserempak dengan beberapa kumpulan Red Shirt yang membuat demontrasi jalanan. Mereka memakai T-Shirt merah dan berdiri beramai-ramai di pinggir jalan raya di Bandaraya Bangkok. Setiap kali Tour Leader kami akan menasihatkan kami supaya tidak memakai pakaian berwarna merah. Tour Leader kami juga agak bijak sedikit apabila beliau mengarahkan pemandu bas melarikan bas daripada kesesakan gangguan Red Shirt tersebut dengan melalui haluan/jalanraya alternatif yang lain. Kami bersyukur pada Allah kerana tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas kami di sepanjang masa kami berada di Bangkok, Thailand.

Buah cempedak menjadi nangka, memang tidak disangka-sangka apabila tiba-tiba Boss aku berbesar hati mahu SPONSOR TRIP supaya aku dan seorang lagi rakan sepejabat pergi ke SINGAPORE sekali lagi. Namun, pada kali ini perjalanan kami hanya menaiki bas dari Ipoh terus ke Singapore melalui agen pelancongan iaitu Take A Break dengan pekej yang disediakan (hotel & tempat lawatan sahaja), makanan ditanggung oleh peserta sendiri. Lebih menarik lagi apabila tarikh yang dipilih adalah sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran aku yang ke 46 tahun, dan Boss aku telah menyediakan wang perbelanjaan sejumlah S$200.00 (sama nilainya RM480.00) untuk setiap seorang.

Maka pada  28  MEI,  2011, kami telah menuju ke Singapore. Kami terus dibawa ke Jurong Bird Park. Alangkah kagumnya aku apabila melihat begitu banyak perubahan yang berlaku di Jurong Bird Park dalam tempoh 4 tahun tersebut. Pelbagai landskap baru dan pemandangan yang indah dapat dilihat di sini. Sememangnya tidak menjemukan. Pelbagai spesis burong berwarna warni, dan persembahan yang dapat dilihat yang dipamerkan oleh burong-burong tersebut. Selepas penat berjalan-jalan di sekitar dalam kawasan Jurong Bird Park tersebut, kami menaiki train yang membawa kami melawat ke seluruh bahagian Jurong Bird Park tersebut. Kami bersarapan di Restoran yang terdapat di dalam Jurong Bird Park tersebut. Laksa Singapore yang mana kuahnya diperbuat daripada santan dan minuman Ais Lemon Tea didalam mangkok dan gelas yang besar, dengan harga S$10.90 (RM26.16).

Kemudian, kami dibawa ke Snow City. Di dalam bangunan Snow City tersebut, kami telah menyewa pakaian tebal untuk merasai nikmat berada di dunia salji, dan kami telah berkesempatan bermain gelungsor salji di situ. Aku amat bertuah kerana di usia yang sebegini aku diberi peluang oleh Allah dengan kesihatan yang baik untuk menikmati keseronokan seperti ini lagi.

Selanjutnya, kami dibawa ke China Town. Barang-barang untuk souvenior yang terdapat disini sangat murah dan cantik-cantik. Ramai pelancong dari pelbagai bangsa terdapat di sini. Aku dan kawan berkesempatan membeli beberapa jenis souvenior yang ada lambang Singapore untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kami juga dibawa melawat tempat penapisan air yang terletak di Marina Bay Sands. Sungguh mengkagumkan apabila melihat teknologi yang canggih terdapat di ini. Aku lihat air tawar dipisahkan dari air masin dan terletak bersebelahan diantara satu sama lain. Singapore sebagai pusat pelancongan telah menjadikan puncak bangunan tersebut sebagai tempat beriadah, berehat-rehat dan tempat bermain layang-layang lampu pada sebelah malamnya. Begitu indah sekali. Kami pulang ke hotel No.81 Orkid yang terletak di Geylang iaitu satu-satunya kawasan yang hampir dipenuhi dengan penduduk melayu Singapore.

Keesokannya, kami dibawa ke Suntec City. Sepanjang perjalanan kami itu, kami dapat melihat bangunan-bangunan yang canggih dan cantik-cantik berwarna warni. Pemandangan yang menarik dihiasi dengan pokok-pokok besar yang dijaga rapi. Pokok daun herba ditanam di setiap pinggiran jalanraya-jalanraya ataupun tempat riadah seperti pokok daun pandan, daun kaduk, misai kucing, pokok keladi dari pelbagai jenis, daun mengkuang dan sebagainya. Singapore amat menitikberat akan pemandangan kehijauan di sekeliling bandarayanya.

Ketua Menteri Singapore amat percaya dengan feng shui untuk memajukan negaranya. Oleh itu, dia telah membina Sam Tet Tower yang dipercayai oleh penduduk Singapore terutamanya kaum cina bahawa ianya boleh mendatangkan rezeki / wang yang banyak kepada mereka. Oleh itu, keesokannya harinya, pemandu bas kami telah membawa kami mengelilingi bulatan itu sebanyak 3 pusingan. Setelah melakukan pusingan tersebut, kami menuju ke Singapore Flyer, yang kedua tertinggi di dunia. Kami hanya bergambar sahaja di situ kerana tiket untuk menaiki Flyer tersebut sangat mahal iaitu sebanyak S$30.00 dan ianya tidak termasuk dalam pekej pelancongan kami. Seterusnya kami dibawa untuk membeli belah di Orchad Plaza. Harga barangan di sini pun adalah berpatutan. Kami menikmati makan tengahari di restoran Kublai Khan Monggolian BBQ.

Selepas kami kenyang makan tengahari, kami dibawa ke Merlion, Sentosa Island. Kami menaiki Tiger Sky Tower yang mana ia bergerak perlahan-lahan ke atas secara putaran jam supaya kami/pelancong dapat menikmati dan melihat pemandangan dan keindahan lautan dan bangunan-bangunan di sekliling Singapore dari jarak jauh. Aku juga kembali seperti remaja, yang mana aku berkesempatan untuk bermain Luge dan Skyrite yang mana kami dikehendaki membayar tiket sebanyak S$12.00 (RM28.80). Kami kembali ke hotel pada jam 9:00 malam.

Keesokanya adalah hari terakhir lawatan kami di Singapore. Awal-awal pagi kami telah dibawa ke Universal Studio. Di dalam Universal Studio itu terdapat pelbagai jenis theme park. Gelagat kami benar-benar berubah menjadi remaja, apabila kami menyertai setiap permainan yang disediakan didalam Universal Studio tersebut. Kami masuk hampir semua thema park iaitu Far Far Away Castle yang mempamerkan filem 4D Shrek, Magadascar ("move it, move it"), menaiki Egypt roller coaster didalam kegelapan di Revenge of the Mummy, Jurassic Park, pertunjukan mainan air di Lost of World, dan permainan terakhir yang amat teruja untuk kami rasai adalah menikmati kegayatan ketinggian Human Roller Coaster, iaitu roller coaster yang paling tinggi di Universal Studio tersebut.

Selepas merasai nikmat "hidup remaja" / puas bermain di theme park itu, kami pulang ke Malaysia pada pukul 6:00 petang, dan sampai di Ipoh pada 3:00 pagi.

Aku bersyukur kepada Allah yang memberi aku seorang majikan/Boss yang baik dan perihatin terhadap kebajikan pekerjanya. Muga rezeki di firma ini bertambah dan bolehlah Boss aku sponsor kami lagi di masa akan datang. TenQ B0ss