Jumaat, 13 Mei 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 11)

Malam ini (28/03/2022) kami makan malam di hotel sahaja.  Selepas makan malam, aku hubungi bekas adik ipar aku, Noorsheela untuk berjumpa dengannya. Sheela datang menjemput kami di hotel dan kami pergi minum di Anjung Perdana Teluk Likas, kiranya tempat ni  food centre jugalah. 

Sheela adalah seorang wanita hebat dalam menangani poligami yang dilakukan oleh suaminya. Aku memang respek habis kat dia.👩

Ketika anak sulongnya sedang menggunakan laptop abinya, tiba-tiba anak sulongnya ternampak gambar kahwin abinya bersama dengan seorang perempuan. Ternyata itu bukan gambar kahwin abi dan ummienya tetapi itu gambar seorang wanita yang lain.  Lalu anak sulong ini menunjukkan gambar itu kepada ummienya. 

Menggeletar tangan ummie (Sheela) menahan sedih dan marah.  Sheela terkejut. Juga menjadi tandatanya mengapa suaminya bernikah lagi sedangkan dia sedang mengandungkan anak bongsunya..?

Suaminya seorang ustaz.  Dia tunggu suaminya balik dari sekolah. Dia mahukan penjelasan daripada suaminya. Dia mahu tahu apa kurangnya dia daripada  perempuan itu yang kini adalah madunya. Dia ingin tahu segalanya dan pengakuan daripada mulut suaminya sendiri.

Sebaik sahaja suaminya sampai di rumah, semua soalan diajukan kepadanya. Baiknya Sheela. Sabarnya dia. Dia tidak mengherdik dan memaki suaminya. Dia tunggu suaminya menjawab segala persoalan itu dengan penuh sabar disamping dia menangis teresak esak kerana terlalu kecewa dan sedih apabila suaminya memberitahu bahawa suaminya telah hidup poligami sejak beberapa bulan yang lalu (yang kini sudah pun 5 tahun berlalu).  Tahukah kenapa Sheela menangis teresak esak? Dia menangis kerana teralu sedih sebab suaminya telah bernikah secara senyap-senyap, dan terus berahsia selama beberapa waktu. Sheela kecewa dan sedih sebab suaminya telah melakukan dosa dalam tempoh beberapa bulan poligami. Wanita yang dikahwini oleh suaminya adalah seorang janda beranak 2 yang tidak bekerja, dan berusia lebih tua beberapa tahun daripada Sheela yang tinggal di Kedah, sedangkan suaminya (mereka) tinggal di Sabah.  Sheela memikirkan, bagaimana suaminya boleh bersifat adil terhadap kedua-dua keluarganya jikalau madunya itu tinggal di Kedah..?

Sudah beberapa hari Sheela murung kerana sedih dengan berita poligami ini dan Sheela juga bimbang suaminya terus melakukan dosa dalam bab ketidakadilan berumahtangga dalam poligami.

Tatkala suaminya sedang buntu, yang dahulunya ingin terus berahsia, yang dahulunya tidak tahu apa yang bakal terjadi apabila Sheela mengetahuinya, kini dia berasa lega apabila setelah Sheela bertenang dan fikirkan masak-masak, Sheela menyarankan suaminya supaya membawa madunya berjumpa dengan Sheela.  Dia suruh suaminya mencari rumah sewa yang berdekatan dengan taman perumahan tempat tinggal mereka, dan minta suaminya pindahkan madu dan anak-anak ke Sabah. Seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal, yang pada awalnya ingin terus berahsia, kini (sejak 5 tahun yang lalu), suaminya boleh satukan kedua-dua keluarganya.  Beruntunglah suaminya kerana mempunyai isteri bernama Sheela yang sentiasa bimbang tentang dosa dirinya, dan dosa suaminya dalam bab poligami ini. Sheela amat bimbang tentang dosa KETIDAK ADILAN berpoligami.

Lalu keluarga madunya telah dipindahkan dari Kedah ke Sabah dan tinggal selang barisan je daripada rumah Sheela.  Mereka telah berkenalan antara satu sama lain.  Beruntunglah madunya yang bermadu dengan seorang wanita bernama Sheela ini, yang sentiasa bimbang tentang dosa dirinya, dan dosa suaminya dalam bab ketidakadilan poligami.  Kini mereka sudah 5 tahun hidup bersama dalam keadaan yang harmoni.  Setiap hari suaminya bergilir gilir rumah sepertimana giliran yang ditetapkan oleh Sheela iaitu setiap jam 9:00 malam, suaminya akan berpindah rumah (tempat tidur), dari rumah nombor satu ke rumah nombor dua, dan keesokannya jam 9:00 malam juga, pindah dari rumah nombor dua ke rumah nombor satu.  Begitulah seterusnya sehingga kini.😄😄😄

Sheela bagitahu, ada juga beberapa orang yang menghasutnya. Kenapa kamu baik sangat dengan madu kamu?  Kenapa kamu biar Sabri buat kamu camtu?  Katanya lagi, kekadang termakan hasut juga tapi dia lebih percaya dengan ketentuan Allah.

Ada juga yang berkata, "alaaa...ustaz tu boleh lah satukan isteri-isterinya... sebab Sheela tu tak bekerja, tak ada kerjaya, tentulah Sheela tak berani nak bercerai, atau tak berani nak ugut ugut suaminya dan minta cerai.."

Oppss... Salah pandangan awak tu.. Sebenarnnya Sheela boleh jer buat begitu. Sheela boleh jer minta nafkah anak RM500.00 setiap seorang, tapi Sheela tahu, itu bukan solusi yang baik dalam menangani masalah suaminya yang berpoligami.  Semua anggapan kamu itu salah sama sekali.

Sheela adalah seorang wanita muda yang berlapang dada dengan setiap ujian yang Tuhan berikan kepadanya.  Sheela percaya setiap ketentuan Tuhan pasti ada hikmahnya.  Sheela percaya suaminya bukan milik mutlaknya.  Walaupun Sheela tak ada ijazah, walaupun Sheela tak ada karier yang boleh dibanggakan dan tidak punyai gaji besar, tetapi Sheela seorang WANITA MUDA YANG TINGGI IMANnya.  Sheela percaya kepada setiap ketentuan dan pemberian Tuhan. Sebab itulah Sheela tidak memaki hamun suaminya walaupun hatinya sakit kerana ditipu dan dimadukan dalam senyap, dan Sheela tidak memilih perceraian sebagai solusi keatas masalah poligami yang diwujudkan oleh suaminya. Malahan Sheela bimbang suaminya melakukan dosa atas ketidakadilan dalam berpoligami. Dia sentiasa mengingatkan suaminya dalam bab keadilan berpoligami jika suaminya terlalai atau terlupa.  Betapa untung suaminya yang mempunyai isteri yang tinggi imannya seperti Sheela.

Kini, mereka bersatu apabila setiap kali menyambut hariraya.  Mereka bersatu apabila bercuti. Sheela dan madunya boleh pergi shopping bersama sementara suami menjaga anak-anak mereka.  Mereka bersepakat dalam pengurusan anak-anak seharian dan sebagainya, walaupun mereka tinggal berlainan rumah. Begitulah kehidupan wanita yang bernama Sheela, yang tabah dan takutkan dosa serta sentiasa memandang positif terhadap setiap perancangan Allah yang difikirkan adalah yang terbaik buatnya. Muga hidup mereka terus harmoni hingga ke akhir hayat mereka.  Itulah Sheela wanita hebat yang sentiasa berasa takut akan dosa  atas dirinya, dan dosa atas suaminya asbab ketidakadilan berpoligami. 

Inilah perbezaan diantara Sheela dengan bekas madu aku.  Sheela mendidik dirinya dengan ugama yang TINGGI IMAN terhadap Tuhannya, yang sentiasa mengharap redho Tuhan, dan redho (kematangan hati dan akal dalam menerima sesuatu) didalam dirinya terhadap setiap ujian yang Tuhan berikan kepadanya, dan sentiasa yakin setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya, dan aku lebih respek terhadapnya kerana dia  ambil berat dan sirius, takut berdosa atas dirinya, dan takut dosa atas suaminya asbab ketidakadilan berpoligami. 

Pada tahun lalu, Sheela balik ke Perak dan dia bertanyakan tentang aku dan cikgu Hasanal yang ketika itu masih bergelar suami kepada aku.  Aku jawablah apa yang sebenarnya berlaku.  Tahukah kamu apa yang dicakapkan oleh Sheela kepada aku...?  "Cikgu tak takut dosakah? Tak balik sekian lama, dan tak adil dalam rumahtangga..?  Sambungnya lagi, "berdosa, tau..."

Hmmm... Aku pun tersentak juga dengan percakapannya itu.  Sekarang, aku rasa, aku dah pilih jalan terbaik untuk cikgu (bekas suami kedua aku), dengan melepaskan hubungan perkahwinan kami agar cikgu tidak terus hidup melakukan dosa dalam bab ketidakadilan berpoligami. Setelah 17 tahun bergelar isteri kepadanya, aku memilih untuk "melepaskan suami'' dalam kasih sayang. Itu adalah pengorbanan cinta aku yang kekal hingga ke mati. Aku lebih rela begitu. 


                                   Kami sempat berjumpa dan kami minum di Anjung Perdana Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Ada juga perkara yang boleh dibanggakan dengan ustaz, iaitu suami kepada Sheela ni;

1.  Ustaz berani buat, berani tanggung
2.  Berkahwin dengan ibu tunggal beranak 2 yang tidak punyai apa-apa. Wanita yang tidak berkerja, 
     tidak ada rumah dan kereta.
3.  Berani berhadapan dengan cabaran, dan menceritakan yang benar kepada isteri (Sheela) apabila dah 
     kantoi.
4.  Bertuah kerana memiliki isteri yang cuba memahami, sabar, dan akhirnya menjadi pembantu 
     menyelesaikan masalah poligami yang diciptanya sendiri.
5.  Bertuah kerana memiliki isteri yang tinggi imannya, yang bimbang dosa keatas dirinya, dan dosa 
     keatas suaminya dalam bab ketidakadilan poligami.

Kisah Sheela ni eloklah dijadikan contoh, teladan dan inspirasi jikalau awak bermadu lagi. 

Orang kata kalau dah ada retak bermadu, hmm....  Peluang bermadu tu boleh berlaku lagi, tau.. Sekadar nak berkongsi jer.. suami awak (yang kini bekas suami saya) tu seorang yang sihat dan memang memerlukan layanan diranjang. Sebelum bernikah dengan saya, saya pernah bertanya kepadanya, "kenapa awak mahu berkahwin lagi?", dan jawapan yang diberikan olehnya adalah "kerana  DIRI SAYA, diri awak, dan anak anak".  Maka, awak fahamkan sendiri ayat tu.😄  

Pada tahun 2005, rumah di Titi Gantung sedang renovate, suami awak menambahkan bilangan isteri. Apabila awak beli rumah baru, suami awak mengurangkan bilangan isteri.  Haa... ingat ingat, kut kut awak renovate rumah baru awak, suami awak duk menambah bilangan isteri lagi..😄

Dulu, sewaktu suami awak bercinta dengan budak sekolah, awak cabar dia dengan perkataan "kut ye pun, carilah yang sebaya"...  (itu yang suami awak pernah ceritakan kepada saya lah...) Tup tup, bernikahlah suami awak tu dengan saya yang seumur dengannya.😄

Haa, berhati hati dengan perkataan awak tu..  Manalah tau, nanti awak bermadu pulak lagi dengan orang yang lebih muda, lebih lawa, lebih bekerjaya yang baik sepertimana yang awak tulis tu.. Perkataan awak tu satu doa, tau.. 😄😄😄

Saya nak berkongsi tips sikit.  Suami awak tu sayangkan awak tapi tak tahulah, sayang sangat kah atau terpaksa jer kerana takutkan awak yang bersifat garang tu... Awak tau tak, disebabkan awak dan anak awak suka membuli dia, suruh dia buat itu dan ini, dan selalu juga kena maki, menyebabkan dia buat perangai, dalam diam diam dia bernikah lagi. Lelaki ni didepan isteri, pijak semut pun tak mati.  Dia akan ikut je arahan kamu semua walaupun dia rasa tertekan. Padahal, sebenarnya dia perlukan layanan yang baik dan istimewa daripada isteri serta keluarganya.  Apatah lagi diusianya yang semakin tua. Kome tak payahlah nak membuli dia sangat, sampai diri dia sendiri tak terurus, kusut masai, sebab mengikut arahan telunjuk kome dan  penat menjaga cucu sampai lewat malam. (buat susu untuk cucu lewat malam, emaknya buat apa, tidur lena..beranak je pandai, jaga anak suruh abah..😏😏)

Jikalau awak masak, awak keraplah masak makanan ikut selera suami, bukan masak hanya ikut selera sendiri jer... Jika  masak gulai taucu tu biarlah cair dan berkuah lebih, jangan masak gulai taucu pekat.  Masaklah gulai tempoyak betik. Sambal tempoyak masak. Itu semua makanan kegemaran suami tu...  Walaupun suami awak boleh masak sendiri, sebenarnya dia mahu dapat layanan daripada isteri dalam bab ni.  Dia memang akan cakap, "ehh... abah boleh buat, tapi....",  hmm....  Awak cubalah ikat suami awak dengan perkara yang saya sebutkan tadi, insyaallah, selamatlah awak daripada dimadukan lagi. 

Aku bukan saja saja nak berleter pasal hal dia penat uruskan kome/masak ni.. Aku cuma bagi peringatan kepada kome supaya kome berubah, ubah cara kome melayan suami tu.. lagipun ini adalah tulisan terakhir aku buat kau.. aku ada mesej daripada suami yang berkaitan dengan isu ni (permintaannya dan pujiannya terhadap aku atas apa yang aku buat, padahal aku cuma masak makanan kegemaran dia je punnn..)  Aku boleh tunjukkan mesejnya jikalau kau tak percaya lah.. tapi aku tahu.. Kau akan jawab, "mesej camtu, dia biasa bagi kepada perempuan lain juga", itu ayat kau nak sedapkan hati kau jer.. ayat yang tak berfaedah langsung.   

Alang alang awak dah membaca ni, saya pohon maaf atas segalanya. Dan ingatlah, perempuan yang pernah berkahwin dengan suami awak ini dan pernah menjadi madu awak ni bukan perampas suami orang. Aku tak rampas suami awak pun.. Aku tak pernah kol dia pun selama menjadi isteri dia apabila dia berada di rumah kau, melainkan dia saja yang kol aku.. Dan jika mesej pun, sudah tentu dia yang banyak mulakan. Jaranglah bermula daripada pihak aku ni... Jika aku perampas, awak tak boleh hidup aman damai bersama suami di sana, dah tentu perangai saya jadi macam drama sinetron indonesia itu..😀😂

Maaflah sekali lagi, ye... Saya mendoakan muga awak berbahagia dengan suami dan anak cucu. Jaga suami awak baik baik, jangan sampai dia menjadi milik saya sekali lagi.  Cinta kami tak pernah terpadam, dan cinta kami tak perlu duduk sebumbung. Berpisah tanpa ada benci dan berpisah dalam berkasih sayang ni lain maciammm...😄😃😅

Setelah jam menujukkan lebihkurang 11:30 malam, adik Sheela menghantar kami balik ke hotel semula.  Pada waktu itu, Uyah yang tidak menyertai kami keluar minum sudah pun tidur.  Habis sudah aktiviti untuk hari ke3 kami berada di Sabah.  Jom tidur..

Isnin, 9 Mei 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 10)

Selepas kami puas bermandi manda di Pulau Manukan, kami diarahkan menaiki bot semula dan kami akan di bawa ke MAMUTIK ISLAND.  Air dipersisiran pantai Pulau Mamutik ni memang cantik tetapi ianya tidak sesuai untuk bermandi manda memandangkan pulau ini ada obor-obor.  Di pulau ini juga terdapat banyak anak biawak, dowhhh... Terkejut aku wehhh.... 😄😐

Baru sampai Mamutik Island

Jernih jer obor-obornya tapi..apabila terkena habis kulit bengkak dan gatal-gatal. Sian kepada pasangan yang terkena tuuu... Naya..deme pikio nak mandi manda... tup tup.. kena gigit dengan obor-obor tu..


Menikmati cantiknya lautan yang luas


3 opah pingitan 😄😄

Agaknya memang rezeki kami murah dalam percutian ini.  Sebenarnya package yang kami ambil hanya untuk 2 pulau sahaja iaitu Pulau Manukan dan Mamutik Island.  Entah bagaimana... Hilmi suruh kami ikut kumpulan bebudak lelaki ni pergi ke Pulau Sapi.  He.. he.. tiada caj dikenakan, tau.. free jer beb..

Di PULAU SAPI ini ada banyak memek @ monyet.  Dipersisiran air laut di pantai ini, ada banyak anak ikan kecil iaitu saiz ikan bilis.. Anak ikan betui, wokey...


Baru sampai Pulau Sapi

Apa yang aku menungkan...?

Aku okay jer...beb..👩


melihat kejauhan.. jalan hidup yang masih panjang


Selesai sudah melawat ke pulau-pulau.

Pukul 2:00 petang, kami sampai semula di Jaeselton Point. Hujan renyai renyai.  Kami berjalan kaki didalam hujan pulang ke hotel.  Sepatutnya AJ datang jemput kami untuk dibawa ke hotel tapi kami sengaja tak mahu talipon dia dan kami balik berjalan kaki sahaja sebab jarak hotel dengan Jaeselton Point dekat sahaja.

Selepas kami selesai solat, kami bersiap ke Jamilah Jewellery Kota Kinabalu untuk membeli mutiara sebagai buah tangan untuk anak cucu aku. Sewaktu sedang pilih memilih mutiara tu, tetiba hujan turun dengan lebatnya.  Maka, kami tidak dapat meneruskan itinari yang berbaki itu. Kami pulang ke hotel je laa...