Rabu, 8 Jun 2022

Aidilfitri 2022 (Hari kedua)

Awal pagi ini, talipon berdering tidak henti-henti. Sewaktu itu aku sedang mandi. Selesai sahaja aku mandi, talipon masih berdering lagi... Entah kali ke berapa talipon ini berdering.  Aku segera menjawabnya. Aku mendapati ianya adalah panggilan talipon daripada bekas suami aku yang kedua, Ckg Hasanal.  Aku pun menjadi kelam.  Maklumlah talipon berdering berulang banyak kali. Mestilah ada yang urgent.  

Hmm... Rupa-rupanya bekas suami kedua aku cuma nak berchit chet dan maaf bermaafan berhari raya jer... Dan dia sempat bertanya, aku nak berhariraya ke mana?  Ehh...!!! Dia dah kembali sepertimana diwaktu aku sebelum bernikah dengan dia dulu.  Dia melihat aku dari kejauhan.  Dia memantau aku didalam diam. Dia dapat rasa (sixthsence) apa yang bakal aku buat pada hari tersebut.  Macam tu lah perangainya yang berterusan sehingga waktu aku menulis blog ni. Dia kerap menalipon aku untuk berchit chet.  

Hmmm..Macam mana tu, Pn Salmah..???  Jangan salahkan aku pulak...!!! Edah hanya tamat pada 11/06/2022 jer.. Bila bila masa pun kami boleh merujuk..πŸ˜€ 

Deme kata, dalam 3 bulan tempoh edah sebelum tamatnya pada 11/06/2022 ini, bercium pun bermaksud terbatallah talaknya, apabila pelakuan mencium dilakukan, maka otomatiklah rujuknya, boleh hidup sebagai suami isteri semula dan tak perlu nak berakad nikah lagi, tau..πŸ˜‰ 

Aku pun baru tau jer ni.., patutlah setiap kali kami berjumpa  selepas ditalakkan ini, abang asyik cakap "....tak nak ke cium dulu?".. Abang  akan tanya dan suruh aku cium dia apabila  abang nak pulang.πŸ˜„  Tak apalah abang, Yang akan sayangkan abang sampai bila bila😍😘

Ehh.. Baca seorang je ke tuuuu... Jangan risau, kalau tunjuk kat suami pun, nanti suami akan jawab, "bio le dia  meroyan sesorang tu.."πŸ˜„πŸ˜„  

Begitulah keadaannya apabila kau paksa orang (suami isteri) berpisah, sedangkan perasaan cintanya tak mungkin boleh hilang sekelip mata untuk orang yang pernah tidur sekatil, sebantal, tidur diatas lengan suami dan apabila suami makan, aku sentiasa berada disebelahnya menemani suami makan walaupun aku tidak makan bersama pada waktu itu. Cemburu ke tu..???  Tu sebablah awal-awal lagi aku berkata, "tak usahlah kau nak seronok sangat apabila tengok kami bercerai, sebab sebenarnya kau tak menang pun..". Kau hanya dapat fizikal tapi kau tak dapat jiwanya.  Dan aku akan terus mendendami kau  dan menuntut kau di akhirat kelak. 17 tahun tu tempoh yang lama tau.. Banyak kenangannya. Apatah lagi kami berpisah dalam kasih sayang dan tidak pernah membenci. Berpisah dalam kasih sayang ni lain maciammm.. kan..😊

Setelah habis bersembang, aku bersiap untuk pergi ke rumah emak. Hari ini aku bertugas menjaga emak sebab abang aku nak berhari raya di Kedah. Anak bongsu aku tinggal seorang diri di rumah. Kesian dia.

Semasa aku berada di rumah emak, dari pagi hingga ke petang, tidak ada tetamu yang datang, sehinggalah jam 6:30 petang, tetiba ada orang memberikan salam.  Aku pergi melihatnya. Aku mendapati keluarga arwah ayah andak Noh iaitu Mak Andak Minah dan 4 orang heronya serta menantu dan cucunya menziarahi emak. Usia mak andak sudah menjangkau 80 tahun. Manakala emak pula 77 tahun. Masing-masing dah lupa. 


Comel jer tengok gelagat kedua mereka ni..


Mereka ni muhrim aku. Jika abang sulong aku tak ada, jika adek lelaki aku tak ada, mereka boleh mewalikan aku. Jadi, berpegang tangan begini, bukan isunya.😊😊

Kita simpan kenangan disini.