Isnin, 7 Mac 2022

simpan kenangan

Pada tahun 1995, Dato Chang Ko Youn telah menang dalam pilihanraya mewakili Barisan Nasional. Maka, Dato terpaksa meninggalkan syarikat kepeguamannya iaitu Chang Ko Youn & Co. Beliau telah menyerahkan syarikat kepada Legal Assistant, yang mana kemudiannya syarikat tersebut telah bertukar menjadi Chang Ko Youn, Liew & Co.

Tahun pertama syarikat diambil alih oleh Puan Liew, Puan Liew telah membuat sedikit perubahan, diantaranya ialah beliau memberi trip percutian kepada staff nya.

Kebetulan, pada tahun 1996, ada berlaku sedikit perbalahan diantara staffnya yang berbangsa cina. Maka, Pn Liew telah ambil pendekatan untuk memulihkan hubungan stafnya dengan memberikan trip percutian ke Genting Highland kepada semua staffnya.

Kebetulan juga, pada tahun tersebut, Legal Assistant yang bernama Jamaliatul Norzira baru melangsungkan perkahwinannya. Oleh itu, boss meraikan kami dengan sponsor tempat tinggal di hotel Amber Court yang terletak di kemuncak Genting Highland dan membekalkan wang saku sebanyak RM150.00 kepada setiap staffnya.

Kita naik muatkan gambar disini supaya dapat diingati di kemudian hari, dan terselamat daripada kerosakan dimamah ulat kertasπŸ˜„

Miss Leok, Miss Wan, Pn Jamaliatul Norzira, aku, Kak Lina & Lin

                                                   Aku, Kak Lina, Miss Wan & Miss Helen

Miss Wan, Pn Jamaliatul Norzira, Lin, aku & Kak Lina

                                            Miss Wan, Pn Jamaliatul Norzira, aku & Kak Lina

Aku, Kak Lina, Miss Helen & Miss Leok

Nampak tak ketinggian roller coster tu..???  Masyallah, semasa main tak fikir apa pun.. Seronok, jerit jerit jer tapi apabila dah turun, tengok sekali lagi, baru tau..tingginya, baru nak ingat mati jika terjatuh..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚