Isnin, 25 Februari 2019

Pembedahan Tulang Kaki Kanan (Part 4)


Assalamualaikum, kita bertemu lagi....

Hari Kedua di UMSC - 5/2/2019

Hospital UMSC ni memang besar... Aku memang tak berani nak berjalan jalan seorang diri disini... sebab aku takut sesat, nanti kalau aku berjalan jalan, aku tak tahu jalan balik pulak ...😂😂😂

Memandangkan  Hospital  UMSC  adalah  hospital  persendirian,  maka,  kau faham-fahamlah sendiri ye...  Bilik  tidurnya  seolah-olah kau tinggal di bilik hotel. Lengkap dengan almari baju dan bilik mandi yang selesa dan cantik.  Namun, bilik ini disediakan untuk 2 orang pesakit.  Maka, kami berkongsi  biliklah  dengan  seorang  lagi pesakit lelaki berbangsa Cina yang mengalami sakit kencing manis ni...  Sian pakcik ni, terpaksa meraikan Chines New Year di Hospital jer..

Sewaktu aku berada di hospital ni, aku memang tak leh tidur dengan selesa, bukan kerana anakku tapi...kau nak tahu tak, kenapa...???

Sebab Pakcik Cina ni tidur berdengkur macam Ghimo @ Harimau. Setiap kali dia berdengkur, dia kan membuatkan  aku terjaga. dan aku pasti nak tergelak..Nak je ye... belum gelak lagi,tau..😂😂😂

Kat Ward ni, kau minta nak makan apa pun boleh, kau order je...  Harganya, boleh tahan le... 

Ayah kandung anakku yang juga bermalam di hospital tersebut tidur di Surau Hospital ini.  Pagi ini, dia keluar pergi cari sarapan di Tingkat Bawah dan di ruang legar kawasan hospital ini. Dia naik semula ke Ward Anggerik dengan membawa makanan berrupa Nasi Lemak dan buah buahan untuk aku dan anakku juga.  Dia komen bahawa makanan di kawasan sekitar hospital ni mahal-mahal belaka...

Lebihkurang jam 11:00 pagi, Professor Dr Vivek telah datang ke bilik Ward anakku.  Professor Dr Vivek telah membuka balutan luka anakku.  Masyaallah, aku tengok daging pangkal peha anakku yang luka tu di stampler.. Rasa pening kejap apabila aku melihatnya....  😱😱😱  


Professor Dr Vivek telah mengantikan penampal yang kalis air di luka anakku itu.  Professor Dr Vivek telah memberitahu bahawa seorang Fisioterapi akan datang  mengajar anakku cara untuk berjalan menggunakan tongkat 2 kaki  Kemudiannya, Professor Dr Vivek  juga telah memberitahu kepada kami bahawa keesokannya anakku dah boleh balik.. 

Apabila Professor Dr Vivek telah menyelesaikan kerjanya, ayah kandung anakku telah memimpin anakku ke bilik mandi dan memandikan anakku.  Alhamdulillah, walaupun abinya tidak dapat bersama pada waktu dia memerlukan abinya, Allah mendatangkan ayah kandungnya pula untuk menguruskan dia.   

Allah Maha Mengetahui.  Aku bersyukur dan kita janganlah berprasangka buruk apabila sesuatu itu berlaku.  Aku cuma  terkecil  hati saje dengan suamiku tapi aku tahu, Allah mengaturnya dengan baik, sebab jikalau suami ku ada di sini  bersama  dengan ayah kandung anakku, pastinya mereka tak boleh bertembung, sebab suamiku tu jeles kat ayah kandung anakku itu, bimbang aku balik kepadanya... Allahuakhbar...  🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️


Hensem wajah anakku selepas mandi.😜😜😜

Tak lama kemudiannya, Pegawai Fisioterapi telah datang dan melatih anakku untuk menggunakan tongkat 2 kaki yang ditegakkan di ketiak tu... Tak lama pun latihannya, tak sampai setengah jam pun.. 😊😊😊

Pada waktu malamnya, kawan sekerjanya, Aina, Ain dan Afiq telah datang melawat anakkua dengan membawa makanan.  Kami menikmati makanan yang dibekalkan itu bersama sama, dan jam 10:30 malam,mereka telah pulang ke rumah masing masing.

So, apa cerita hari esoknya....?  Nanti kita sambung di Part 5. Okay.