Ahad, 1 Mei 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 8)

Hari ini adalah hari ke3 kami berada di tanah Sabah.  Hari ini kami nak bermain di laut.  Dengan hati yang ceria dan riang ria seperti kanak-kanak, kami bangun dengan badan yang sangat segar.  Pagi ini, kami pergi sarapan di hotel sahaja dengan pemandangan laut yang luas. 


Bergambar dahulu, simpan kenangan yang kami sedang pakai baju pemberian daripada Mu, adik Uyah.


Kita bergambar dahulu, simpan kenangan bersama.
\

Ajom... Kenyangkan perut dahulu sebelum terjun ke laut... 

Tapi...aku sejenis yang tak ambil pusing pasal makan ni...  Makan sikit pun okay.. yang penting dapat berjalan, dapat merehatkan minda.. betul tak.. Haa... jom, cecepat makan, kita nak naik bot ke Pulau Manukan. Jom..AJ dah tunggu dan nak bawa kita ke Jeaselton Point untuk daftar nama nak naik bot. Hari ini, kami ada 2 destinasi pulau yang hendak dilawati.

Ajommm... main air laut.