Khamis, 7 April 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 2)

26032022 adalah hari pertama kami sampai Sabah dan kami akan bermalam di Kundasang. Oleh itu, kami akan dibawa melawat ke beberapa tempat yang berada di sepanjang jalan menuju ke Kundasang.  Sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang yang memakan masa  selama 2 jam lebih, kami dibawa brunch terlebih dahulu di Restoran D'Lengkuas, Kota Kinabalu. Sesudah kenyang, kami meneruskan perjalanan kami.

Destinasi Pertama adalah JAMBATAN TAMPARULI.  Jambatan ini bergoyang dan jarak melintasi sungainya agak jauh.   



                                                           Mula mula jadi penonton jer... pastuu...😀

Tak lepaskan peluang, kasi can la opah opah menari jap.. Sayangnya, video tak leh upload di sini. 
Kita upload video di Instagram je la..

Mencuba alat muziknya pulak.. he he.. hentam jer pukulnya..😉

Destinasi Kedua ialah ke RUMAH TERBALIK TAMPARULI. Keunikan dan menariknya Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah kesemua perabut yang berada didalam rumah itu adalah disusun secara terbalik seperti diruang dapur dimana  kedudukan dapur, peti ais, set kerusi meja makan.  Diruang tamu pulak terdapat television, sofa, almari, mesin jahit.  Didalam setiap bilik tidur ada katil, almari baju dan sebagainya. kesemua diletak terbalik iaitu berada diruang siling.  Ketika berada didalam Rumah Terbalik Tamparuli, kami tidak dibenarkan untuk mengambil foto.  Kami hanya dibenarkan mengambil gambar di luar kawasan rumah sahaja. 




Kemudiannya, kami dibawa ke destinasi ke tiga iaitu singgah ke PEKAN NABALU. Hajat hati mahu solat jamak takdim di surau Pekan Nabalu tetapi memandangkan suraunya kotor, aku batalkan niat dan minta dibawa ke tempat lain. Bagaimanapun, tour guide kami yang bernama Jumain atau nama ringkasnya AJ, menyuruh kami bersiar siar dahulu di Pekan Nabalu. Kawan aku beli beberapa jenis buah untuk dibawa ke hotel.


Di belakang tu ialah pemandangan Gunung Kinabalu yang ditutupi kabus.

Kami meneruskan perjalanan ke MESJID JAMEK KUNDASANG. Disini, kami singgah untuk solat jamak takhir (Asar dan Zohor).  Tak sangka aku berpeluang lagi singgah disini.  Pada 2008, aku pernah singgah solat disini bersama bekas suami kedua aku dan keluarga ipar aku serta kawannya.

Mesjid Jamek Kundasang

Banyak lagi yang nak diceritakan ni... Dalam satu hari, banyak tempat yang disinggah, maka banyak lah gambarnya. Kita sambung Part 3.