Sabtu, 16 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan_Covid 19 (Part 1) - 2020


Tetiba dunia dikejutkan dengan satu jenis wabak....  Wabak yang membawa kepada kematian mengejut...  Malaysia tidak terkecuali dengan penularan wabak ini...  Gejala demam, selsema, batuk, kahak  dan sukar bernafas adalah diantara salah satu tanda  seseorang itu diserang Wabak Virus Covid 19.

Rakyat Malaysia telah diselubungi dengan perasaan takut disebabkan Wabak Virus Covid 19.  Wabak ini mudah berjangkit.  Kekadang ada mangsa yang tidak menyedari bahawa beliau telah diserang virus  Covid 19 ini kerana sekiranya anda telah terkena virus ini, ia mengambil masa 14 hari untuk menyerang.  

Namun, Perdana Menteri Malaysia Ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yasin dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah telah mengambil tindakan segera yang drastik iaitu dengan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan ramai rakyat panik.  Maklumlah selama ini tidak pernah berlaku sedemikian rupa.  Pada fikiran rakyat, Perintah Kawalan Pergerakan itu adalah Curfew. Ya..curfew bermaksud berkurung didalam rumah dan tidak boleh keluar langsung. Tapi sebenarnya Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah menghadkan pergerakan setiap individu. Perintah Kawalan Pergerakan ini telah ditetapkan menurut Fasa.  Fasa Pertama telah ditetapkan pada 18/03/2020 sehingga 31/03/2020.

Fasa Pertama PKP, kesemua kakitangan kerajaan dan pekerja swasta di setiap sektor, kesemua restoran dan gerai makanan tidak dibenarkan beroperasi.  Rakyat tidak dibenarkan berkumpul. Hanya seorang sahaja wakil keluarga yang dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barang runcit keperluan harian. Jarak diantara satu sama lain semasa berada di luar hendaklah sekurang kurangnya 1 meter.  Manakala, perjalanan yang melebihi jarak 10km adalah tidak dibenarkan.

Fasa Ke-2 PKP bermula pada 01/04/2020 hingga 14/04/2020.  Dalam Fasa PKP Ke-2 ini, kawalan semakin diperketatkan di beberapa tempat.  Pada fasa PKP ke-2 ini dinamakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).  Rakyat amat disuruh supaya duduk diam di rumah.  Kerajaan telah merekodkan kematian keatas beberapa orang yang terkena jangkitan virus Covid 19 ini.  Ianya amat menyedihkan apabila kita dimaklumkan bahawa acara untuk pengkebumian jenazah mereka yang terkena virus ini juga perlu dikawal ketat dimana jenazah itu hanya boleh ditayamum didalam plastik yang membalut jenazah tersebut.  Ternyatalah virus Covid 19 ini sangat berbahaya kerana ianya juga boleh menjangkiti orang di sekitarnya walaupun mangsa telah menjadi jasad.

Kini telah ada Fasa PKP yang ke-3 iaitu bermula pada 15/04/2020 hingga  28/04/2020. Di Fasa PKPD Ke-3 ini, sekatan jalanraya yang berhubung diantara Daerah  dan Negeri diperketatkan. Kumpulan frontliners  kini telah melibatkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu negara untuk mengawal pergerakan rakyat yang ingkar mematuhi arahan PKPD.  Rakyat yang didapati bersalah ingkar arahan PKP akan dikenakan denda sebanyak RM1000. atau masuk lokap atau kedua-duanya sekali.  Haa...kau rasa..virus Covid 19 ni sirius ke tak sirius..???

Begitulah keadaan PKP dari masa ke semasa.  Sewaktu aku menulis ni, PKP telah berada di Fasa-4  bermula dari 29/04/2020 hingga 12/05/2020.   Mungkin tempoh PKP akan dilanjutkan lagi.  Mungkin ada Fasa PKP ke 5.. Fasa PKP ke 6.. atau totally lockdown jikalau rakyat masih ingkar tidak ikut arahan PKP.

Makanya apa yang perlu kita buat???  Sila Duduk Diam Di Rumah.

#stayhome
#staysave
#workfromhome